Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Konvoi Kembara Jalur Gemilang Sarikei Semarak Semangat Patriotik

By 16 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh: Mohd Baharruddin Mohamad

SARIKEI, 16 Ogos (Malaysiaaktif) – Bagi menyemarakkan semangat sayang akan negara kita bersempena bulan Kebangsaan, Jabatan Penerangan Sarekei tidak ketinggalan menganjurkan konvoi Kembara Jalur Gemilang di beberapa kawasan di Bandar Sarikei dan daerah di bawah pentadbirannya.

Sebanyak 20 buah kenderaan pacuan empat roda dengan seramai 50 ahli yang terlibat ikut serta dalam konvoi dan antara yang terlibat adalah daripada agensi kerajaan tempatan, negeri dan Komuniti 1Malaysia (KIM)

Konvoi pada kali ini yang diketuai oleh Pegawai Penerangan Bahagian Sarikei, Mohd Sahrizan Putit, 36 melibatkan 50 buah motosikal berkuasa tinggi.

“Program konvoi ini bermula sejak 13 Ogos hingga 20 Ogos 2016. Konvoi telah menjelajah  Daerah Sarikei, Meradong, Pakan dan Jalau.

Kembara Jalur Gemilang di beberapa kawasan di Bandar Sarekei

Kembara Jalur Gemilang di beberapa kawasan di Bandar Sarikei

“Antara daerah yang akan dijelajah oleh konvoi tersebut selepas ini ialah Daerah Tanjung Manis, Matu dan Daro,” ujarnya yang ditemui di pekarangan Dewan Suarah, Sarikei, Sarawak pagi tadi.

Tambahnya, walaupun kempen Jalur Gemilang pada tahun ini disambut secara sederhana namum di setiap tempat yang sudah dijelajah sambutan daripada penduduk kampung sangat meriah sekali.

Apa yang penting katanya, semangat patriotik dan sayang akan negara kita yang diutamakan demi kesejahteraan dan kemakmuran serta keamanannya.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang konvoi ialah agihan Bendera Jalur Gemilang dan  bendera Sarawak kepada penduduk kampung yang ditemui sepanjang perjalanan dan di tempat yang sudah dikenal pasti.

Di samping itu, aktiviti lain yang dijalankan ialah Euro Dance oleh penduduk setempat dan acara sambutan konvoi serta kempen Jalur Gemilang.

 

SF

 

Tinggalkan komen anda