Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedahViral

Program Kempen Kibar Jalur Gemilang Pokok Sena 2016

By 16 Ogos 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh M. Mokthar Ismail

ALOR SETAR, 15 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Kota Setar / Pokok Sena 2016 telah berlangsung di perkarangan Bangunan Persekutuan, Jalan Sultan Badlishah hari ini sempena menyambut Bulan Kemerdekaan.

Program ini melibatkan beberapa buah agensi kerajaan dan swasta antaranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kedah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Kota Setar, Jabatan Kerja Raya (JKR) Cawangan Perancangan Aset Bersepadu Negeri Kedah, Gemilang Maintenance Services Sdn. Bhd. dan 17 Komuniti 1 Malaysia (K1M) Daerah Kota Setar dan Pokok Sena.

Program bermula dengan gimik pelancaran oleh Pegawai Penerangan Daerah Kota Setar, Kamariah Haji Hussain, memamasang Jalur Gemilang pada kereta Ketua Penolong Pegawai Daerah Kota Setar, Shahrizal bin Yusuf, serta Ketua Penolong Pegawai Daerah Pokok Sena Nadziatul Shazwani bt Datuk Wira Nur Aman dan Pengarah SPRM Negeri Kedah Datuk Haji Mohd Fauzi Mohamad.

Acara kemuncak program ialah melekatkan Jalur Gemilang pada kereta dan motosikal yang melalui Jalan Sultan Badlishah dengan kerjasama pihak polis mengawal lalu lintas di kedua-dua belah jalan tersebut. Sebanyak 700 Jalur Gemilang berjaya dilekatkan pada kenderaan awam.

Menurut Pengerusi Komuniti 1Malaysia Jabi, Haji Nordin Awang Kechik, 66, program ini berjaya kerana dapat menyemarakkan semangat kibar Jalur Gemilang dalam kalangan masyarakat.

 

-MRR/AAS

Tinggalkan komen anda