Skip to main content
Berita TempatanSabah

Tolak Fahaman Daish-Sapawi

By 4 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Oleh: Zuraidah Ahmad & Jeffren Malaning (Sabah)

BEAUFORT, 4 Ogos (Malaysiaktif) –? Rakyat perlu bijak menggunakan media sosial dan menolak penyebaran fahaman kumpulan ekstrimis, Daish yang kini menjadi ancaman terbesar di seluruh dunia.

Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Ahmad Sapawi meminta masyarakat berhati-hati serta mendapatkan penjelasan terhadap sebarang kemusykilan daripada pemimpin, imam atau pun pegawai agama yang bertauliah terlebih dahulu, bagi mengelakkan kekeliruan dan terpengaruh dengan ideologi kumpulan militan tersebut.

Menurutnya, amalan saling menghormati antara kaum, agama dan budaya yang diamalkan sekian lama di negara ini perlu diperkukuh supaya dapat mejadi benteng kepada rangkaian pengaruh kumpulan berkenaan.

Selain itu, Sapawi turut mengingatkan masyarakat agar sentiasa menjaga kebersihan di kawasan rumah dan sekitar kampung masing-masing terutama pada musim hujan ketika ini untuk mengelakkan penyakit seperti ‘leptospirosis’ atau kencing tikus dan wabak denggi.

Tambahnya, penyakit bawaan tikus dan nyamuk itu jika tidak dibendung boleh menjejaskan tahap kesihatan, malah lebih teruk lagi boleh mengakibatkan maut.

Berkenaan isu air di daerah itu, Sapawi meminta masyarakat agar bersabar kerana kerajaan kini sedang berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah projek saluran paip dan loji air yang dijangka siap dan beroperasi pada awal tahun depan.

“Pelbagai tanggapan negatif dilemparkan menerusi media soial yang mengatakan seolah-olah langsung tiada pembelaan di kawasan ini.

“Sebenarnya kerajaan sedang berusaha menangani isu bekalan air dan dijangka akan beroperasi pada awal tahun depan, kita berharap rakyat dapat bersabar,” ujarnya.image
Beliau berucap demikian pada Sambutan Hari Raya Aidilfitri Umno Bahagian Sipitang anjuran Dun Lumadan di SK Kabajang dekat sini, pada Ahad.

Jelas Sapawi, majlis itu bertujuan menjalinkan silaturahim yang akrab antara para pemimpin UMNO dengan masyarakat setempat di samping meraikan golongan kanak-kanak sempena sambutan Aidilfitri.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan sumbangan kipas angin kepada Guru Besar SK Kabajang, sementara Yamani Hafez pula menyerahkan sumbangan penghawa dingin kepada lima masjid antanya Masjid Kg Kabajang Hulu, Masjid Kg Kabajang Laut, Masjid Kg Jabang, Masjid Kg Lumadan dan Masjid Kg Logo.

Turut berlangsung, persembahan hiburan oleh artis-artis tempatan serta penyampaian duit raya kepada kira-kira 500 kanak-kanak.

SF

Tinggalkan komen anda