Skip to main content
Berita TempatanSabah

Hemodialisis Ganggu Emosi, Fokus Belajar

By 4 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Oleh: Muniyamma a/p Marapen & Saddam (Sabah)

KOTA KINABALU, 4 Ogos (Malaysiaktif) –? Pepatah Melayu menyebut ‘berat mata memandang, berat lagi bahu memikul,’ ketika semua pelajar mengusung beg ke sekolah menimba ilmu, Rosmina Jolhin, 15, pesakit buah pinggang pula terpaksa berulang-alik ke Hospital Likas tiga kali seminggu bagi menjalani rawatan hemodialisis.

“Saya selalu pening kepala, mual, kejang kaki dan letih akibat rawatan ini. Saya tidak dapat fokus kepada pelajaran sejak menghidap penyakit ini dua tahun lalu.image

“Saya pelajar Tingkatan Tiga di SMK Pulau Gaya dan selalu ketinggalan pelajaran kerana setiap minggu perlu ke hospital,” luah Rosmina.

Kakaknya, Rosaidah berasal dari Semporna menjelaskan penyakit yang dihidapi adiknya itu kini di peringkat akhir (ESRF), fungsi buah pinggangnya jatuh di bawah paras tertentu atau berhenti berfungsi sepenuhnya.

Rosmina ialah salah seorang penerima kerusi roda sumbangan Yayasan Nur Juhar (YNJ) pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Yayasan Nur Jauhar Bersama Unit Hemodialisis Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Likas, pada Ahad.

Hadir menyampaikan kerusi roda berkenaan ialah Penasihat YNJ yang juga isteri Tuan Yang Terutam Yang di-Pertua Negeri Sbaah, Toh Puan Norlidah Tan Sri Datuk R.M Jasni, pada Ahad dan Pengerusi YNJ, Al Hambra Tun Juhar.

Sementara itu, seorang lagi pesakit yang ditemui media, Jamrin Turumut, 31 berasal dari Ranau menyatakan syukur dan berterima kasih kepada yayasan itu yang sudi meraihkan dirinya serta rakan-rakannya.

“Sekurang-kurangnya melalui majlis ini, kami rasa dihargai walaupun kami sakit dan dapat berjumpa dengan isteri Tuan Yang Terutama Sabah. Terima kasih banyak,” ujarnya.

Mengiringi Toh Puan Norlidah, Pengarah Pengarah Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas, Tan Bee Hwai semasa sesi lawatan tersebut.

SF

Tinggalkan komen anda