Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

1000 Sertai Merdeka Fun Ride

By 6 September 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh: Mohd. Zahari Zakaria (Permatang Pauh)

PERMATANG PAUH, 6 September (Malaysiaaktif) – Lebih 1000 peserta telah memeriahkan Program Kayuhan Patriotik “Merdeka Fun Ride” di Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang, Ahad lepas.

Program anjuran Biro Tata Negara (BTN) Pulau Pinang yang diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke 59 ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu 40km dan 10km.

Menurut peserta kayuhan, Mohd Nasir Mohd Said, program ini amat dinanti-nantikan oleh semua peminat dan ahli kelab berbasikal yang mahu memeriahkan Merdeka Fun Ride ini.

Seorang lagi peserta kayuhan yang ditemui Malaysiaaktif, Nur Aliah Ahmad, berkata, kayuhan yang disertai ini adalah sebagai menunjukkan semangat cintakan negara dan patriotisme anak muda, di samping menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan kali ini.WhatsApp Image 2016-09-05 at 12.18.45 AM

Turut mengiringi peserta-peserta kayuhan ialah sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi bagi membantu kelancaran kayuhan ini.

Program telah dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman.

– AH

Tinggalkan komen anda