Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Kem Aspirasi 1Malaysia Tingkatkan Patriotisme Generasi Muda

By 6 September 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Azimee Abdullah (Teluk Bahang)

TELUK BAHANG, 6 September (Malaysiaaktif) – Keceriaan jelas terpancar di wajah peserta-peserta Program Kem Aspirasi Kelab 1Malaysia (K1M) di sini, Ahad lepas.

Program anjuran Jabatan Penerangan Malaysia ini diadakan selama tiga hari, melibatkan 81 pelajar dari 40 sekolah sekitar Pulau Pinang yang mempunyai K1M.

Menurut , Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, program sebegini dapat memberi pengalaman baharu kepada peserta, di samping menjadikan K1M sebagai sebuah kelab yang unggul dalam melahirkan generasi bersemangat, patriotik dan berwawasan.

WhatsApp Image 2016-09-05 at 12.00.53 AM

Dalam pada itu, Presiden Kem Aspirasi K1M Pulau Pinang 2016, Wan Mohd. Jamil Wan Mustafa, 16, berharap agar program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana mampu membantu meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda.

Jamil yang merupakan pelajar Kolej Vokasional Batu Lanchang berkata kem ini turut memberi peluang kepada para peserta untuk menimba lebih ilmu dalam perihal kenegaraan, di samping berkenalan dengan rakan-rakan baharu.

Selain acara latihan dan persembahan berkumpulan serta sesi ceramah klik dengan bijak daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, program ini turut mengadakan sesi Jungle Tracking menyusuri kawasan hutan Taman Negara Teluk Bahang sejauh 3.2 kilometer

– AH

Tinggalkan komen anda