Skip to main content
Berita TempatanLabuanViralWilayah Persekutuan

Program Apa Kata Gen Y Gelora Semangat Patriotisme

By 4 September 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Mohd Faizal Mansor (LABUAN) / Foto : Roziman Mahmudin

LABUAN, 3 Sept, (Malaysiaaktif) – Gelora nilai patriotisma dan semangat toleransi pelbagai kaum dan agama yang menyemarakkan lagi prinsip 1Malaysia dapat dipupuk melalui Program Bual Bicara: Apa Kata Gen Y “Patriotisme” Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2016.

Seorang hadirin yang juga seorang pelajar, Mohd Faiz Mohd Don, berpendapat bahawa nilai patriotisma bagi seseorang warganegara Malaysia adalah warga yang sayangkan nilai budaya dan bahasanya agar tidak terhakis dan terus terpelihara.

IMG-20160904-WA0020

Bagi Chang Lee Yong pula, perpaduan kaum dan toleransi yang padu antara kaum merupakan kunci sayangkan keamanan dan mengekalkan semangat patriotism yang tinggi dikalangan warganegara Malaysia.

Senator Dewan Negara, Datuk Haji Yunus Haji Kurus ketika merasmikan acara ini di Dewan Mutiara, Kolej Matrikulasi Labuan, di sini, pagi tadi berkata program ini mampu menjadi platform terbaik untuk melihat corak pemikiran, pandangan, harapan serta keyakinan “generasi Y” melalui tajuk-tajuk forum yang dikupas seperti jatidiri, semangat patriotisme, sumbangan generasi Y terhadap negara dan keyakinan generasi Y dalam membentuk masa hadapan Negara.

Program yang berbentuk forum dipengerusikan oleh Pensyarah Unit Kokurikulum Kolej Matrikulasi Labuan, Masah Abu Mansor selaku Moderator telah berjaya mengupas beberapa topik iaitu Semangat Patriotisma dikalangan Generasi Y, Rukun Negara dan Sumbangan Generasi Y kepada Negara.

Panel-panelnya adalah terdiri daripada para pelajar Kolej Matrikulasi Labuan yang pelbagai kaum iaitu Meriwon Surtan@John; Sitti Aisya Abdul Rahman; Venosha Suntharrajoo dan Lu Lei Chee.

 

-MRR

Tinggalkan komen anda