Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHomeViral

300 Peserta Dalam Konvoi “Festival Wonderful Indonesia”

By 21 September 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh Aishah Latip/Foto: Parno Selamat

KALIMANTAN BARAT, 21 Sept (Malaysiaaktif)  — Seramai 300 penunggang motosikal berkuasa tinggi menyertai konvoi Festival Wonderful Indonesia yang diadakan di Lapangan Terbang Sajingan Besar Aruk, Kalimatan Barat anjuran Kementerian Pelancongan Indonesia.

Konvoi tersebut diketuai oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Keseniaan dan Kebudayaan dan Menteri Perumahan dan Urbanisasi Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg yang diadakan di kawasan sempadan negara Indonesia-Malaysia pada 17 September hingga 18 September lalu.”

Menurut Abang Johari Festival tahunan ini bertujuan mempromosikan Biawak-Sambas sebagai destinasi pelancongan berpotensi tinggi menjadi daya tarikan pelancong antarabangsa.

Menurut beliau, perjalanan yang mengambil masa satu jam setengah dari Kuching ke Aruk, Kalimantan Barat semestinya memberi satu pengalaman indah kepada para pengunjung ke festival tersebut.

“Kita nampak potensi pembangunan di Sambas, Lundu dan Sematan mempunyai persamaan landskap yang boleh menjadi tarikan antarabangsa,” ujarny.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata bagi memastikan kepesatan sektor pelancongan, kemudahan penginapann dan panduan perjalanan yang selesa kepada pengunjung perlu ditingkatkan.

Beliau turut menggesa sektor swasta bersama melibatkan diri dalam usaha membangunkan kawasan tersebut dengan terancang.

Sempena festival tersebut, pelbagai acara menarik diadakan, termasuk persembahan seni dan kebudayaan oleh artis Indonesia dan Malaysia.

Selain itu, pengunjung turut berpeluang melihat sendiri pelbagai produk yang terdapat di Sambas, seperti hasil  kraf tangan dan makanan tempatan serta melihat karya seni dan budaya tempatan.

Turut hadir Timbalan Menteri Pelancongan Indonesia, Edi Susilo, Bupati Kabupaten Sambas, Atbah Romin Suhaili, Menteri Muda Belia dan Sukan dan Menteri Muda Perumahan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, dan Ahli Dewan Undangan Negeri N1 Opar, Dato Ranum Mina.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda