Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantanViral

31 Keluarga Terima PPR Secara Percuma

By 9 September 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Laporan dan foto oleh NorFadzlina Ahmad Fadzli

GUA MUSANG, 9 Sept (Malaysiaaaktif) – Sebanyak 31 keluarga jajahan Gua Musang menerima kunci rumah masing-masing di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) hari ini secara percuma.

RM180 juta diperuntukkan untuk projek PPR ini

RM180 juta diperuntukkan untuk projek PPR ini

 

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata rumah PPR ini dibina untuk menyelesaikan masalah rumah dan penempatan isu setinggan di sekitar daerah ini.

“Dengan adanya program perumahan terancang ini, ia dapat menjamin kawasan perumahan yang lebih selamat, bersih dan dilengkapi dengan prasarana asas.

“Sebanyak 1000 unit rumah PPR dibina dengan kos purata RM180 juta dan penghuni hanya perlu bayar pinjaman perumahan berjumlah RM35,000 dengan bayaran RM100 sebulan kepada golongan sasar, manakala bagi mangsa banjir serta golongan tidak berkemampuan, projek ini diberikan secara percuma,” jelasnya.

Sementara itu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, tiada sebarang bayaran diperlukan untuk pemilikan rumah PPR ini.

“Mereka hanya perlu membayar deposit untuk kemudahan elektrik dan air untuk menduduki rumah tersebut.

“Terdapat tiga syarat yang diperuntukkan kepada penghuni PPR, pertama pemilik harus membayar amaun sewa beli setiap bulan tanpa tunggakan, kedua rumah ini tidak boleh disewakan kepada orang lain, dan ketiga rumah ini tidak boleh dijual,” katanya ketika merasmikan Projek Perumahan Rakyat di sini siang tadi.

Mengulas lanjut, beliau turut mengucapkan tahniah kepada warga Gua Musang kerana ini merupakan projek PPR sewa beli yang pertama dijalankan di Malaysia dan beliau juga akan mengadakan cadangan bagi kemudahan ‘lift’ untuk perumahan pangsa tiga tingkat keatas bagi keselesaan warga emas dan golongan kurang upaya.

Salah seorang penerima bantuan banjir, Mohd Razali Yunus, 41, berkata perasaan bersyukur, gembira dan berterima kasih kepada pihak kerajaan diatas sumbangan rumah PPR ini apatah lagi menjelang Aidiladha yang bakal disambut tidak lama lagi.

Manakala seorang warga emas, Hoo Wan Nga, 62, menyatakan terima kasih yang amat sangat kepada kerajaan persekutuan diatas keprihatinan terhadap kesusahan dan bebanan menyewa yang ditanggung oleh mangsa banjir.

 

-SH

Tinggalkan komen anda