Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Kelab Gagung Pertahan Keaslian Pakaian Pahlawan Iban

By 10 September 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh: Mohd Baharruddin Mohamad

MIRI, 10 Sept (Malaysiaaktif)
Dengan motto Ngepan Iban Pesaka Kitai, Kelab Gagung Sarawak telah ditubuhkan pada 12 April 2015 dan didaftarkan denganĀ Registrar of Society (ROS) atauĀ Jabatan Pendaftaran padaĀ 3 Mac 2016.

Menurut Setiausaha, Martin ak Bilun, 40, Gagung bermaksud pakaian Pahlawan Iban. Setakat ini seramai 84 orang ahli yang sudah mendaftar sebagai ahli yang berasal dari seluruh Sarawak.

image

“Kami ingin mempelawa warganegara yang berketurunan Iban atau Sea Dayak dan jantina lelaki sahaja untuk menyertai Kelab ini.

“Mendaftar sebagai ahli Gagung hanya sebanyak RM50 sahaja sebagai yuran seumur hidup. Penyertaan ahli hanya terbuka kepada bangsa Iban di mana-mana sahaja,” ujarnya.

Martin ditemui semasa raptai penuh sambutan perayaan hari jadi ke-80 Yang Di-Pertua Negeri Sarawak di Stadium Miri kelmarin.

image

Raptai penuh

Beliau menjelaskan antara objektif kelab ini adalah untuk mengekalkan pakaian Tradisional Iban bagi kaum lelaki selain memupuk semangat perpaduan, kerjasama dan toleransi dalam kalangan ahli.

“Di samping itu, Kelab Gagung juga berusaha untuk mempertahankan keaslian kelengkapan pakaian Pahlawan lelaki Iban sambil memupuk minat generasi muda memakai pakaian Gagung yang menjadi kebanggaan bangsa Iban demi memartabatkan pakaian Gagung agar tidak tenggelam ditelan zaman,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Cornelius ak Kawat, 46 memberitahu seramai 40 orang ahli ikut serta dalam pembarisan sempena sambutan perayaan Hari Jadi ke 80 Yang Di-Pertua Negeri Sarawak nanti.

SF

Tinggalkan komen anda