
Laporan dan foto oleh Mohd Yusof Bin Hj Abd Samad
JASIN, 1 Sept (Malaysiaaktif) – Seramai 85 orang murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Ladang Diamond Jubilee Hanchran menyertai Pertandingan Mewarna Jalur Gemilang pada Selasa.
Pengerusi Pengelola dan Aktiviti sekolah, Datuk S. Periamallai berkata bahawa aktiviti ini merupakan satu pendekatan awal kepada murid-murid dalam usia ini kepada erti kemerdekaan agar mereka lebih menghargai keamanan ketika ini.
“Ini bertepatan dengan tujuan utama program iaitu bagi menanamkan semangat cintakan negara dan perpaduan dalam kalangan generasi muda,” ujarnya.
Dalam pada itu, guru SRJKT Ladang Diamond Jubilee Hanchran, Sarojini a/p Munusamy berkata bahawa ini adalah antara kaedah terbaik untuk menyemai rasa cinta akan kedamaian dan hormat-menghormati antara satu sama lain.
Sementara itu, Timbalan Exco Pelancongan, Pembangunan Sungai, Pantai dan Pulau-Pulau negeri memuji pihak sekolah kerana berjaya mengumpulkan murid-murid untuk bersama menyemarakkan Sambutan Kebangsaan ke-59 negara pada peringkat sekolah rendah.
“Walaupun program ini kecil tapi nampak ceria malah kelihatan berkesan menanamkan semangat cintakan negara dan perpaduan dalam kalangan anak murid,” katanya.
Ghazale yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim menyampaikan hadiah buku dan peralatan sekolah kepada para pemenang pertandingan mewarna tersebut.
-DZ