Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerakViral

“Gerbang Warisan Tawai” Johan Pintu Gerbang Negeri Perak

By 1 September 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Fasharina Kholil / Foto: PIBK Seri Tawai

GERIK, 1 Sept (Malaysiaaktif) – Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Tawai yang mewakili Daerah Hulu Perak berjaya merangkul gelaran Johan bagi Kategori Pintu Gerbang dalam Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan 2016 Negeri Perak.

Percubaan kali kedua SK Seri Tawai dalam pertandingan ini bagi kategori yang sama membuahkan hasil apabila berjaya menambat hati juri dan dengan kemenangan ini sekaligus SK Seri Tawai akan mewakili Negeri Perak ke peringkat Kebangsaan.

1

Pintu gerbang yang diberi nama Gerbang Warisan Tawai ini diperbuat daripada buluh dan bahan kitar semula, seperti botol plastik. Ia turut dihias dengan Jalur Gemilang dan juga potret pemimpin-pemimpin negara.

Menurut Guru Besar SK Seri Tawai, Asiah Osman, kejayaan sekolah dalam pertandingan ini adalah hasil gabungan idea dan tenaga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta warga sekolah termasuklah daripada Kolej Komuniti Gerik.

Asiah Osman

Guru Besar SK Seri Tawai, Asiah Osman bergambar di pondok yang dihias dengan bendera Malaysia.

 

“Ini merupakan hasil muafakat dan perancangan yang baik dengan menggunakan kepakaran individu termasuklah dalam PIBG. Ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu dari segi idea, tenaga dan juga sumber kewangan,” ujarnya.

Tambahnya, melihat kepada kesungguhan dan komitmen semua pihak yang terlibat, dia percaya SK Seri Tawai mampu mencipta kejayaan di peringkat seterusnya.

6

“Bagi saya pertandingan seperti ini telah berjaya meningkatkan semangat patriotisme serta dapat menyerlahkan bakat dan potensi orang ramai,” katanya lagi.

4

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah di Dewan Bandaran Ipoh, pagi semalam.

Dua lagi wakil Daerah Hulu Perak adalah Mohd Razli Ahmad yang mendapat tempat kedua bagi kategori individu (kediaman) serta SK Kenering pula di tempat ketiga bagi kategori sekolah.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda