Skip to main content
Berita TempatanSabah

MUBARAK Komited Perjuang Kebajikan Ahli

By 1 September 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Yahya Abdul Rajak & Azman Jumat (Sabah)

KOTA KINABALU, 1 Sep (Malaysiaktif) – Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) Malaysia sentiasa komited memperjuangkan kebajikan ahli bekas wakil-wakil rakyat seluruh negara yang pernah berkhidmat untuk rakyat suatu ketika dulu.

Menurut Presiden MUBARAK, Tan Sri Abdul Aziz Rahman, terdapat seramai 628 ahli di seluruh negara sementara 58 ahli di Sabah pula akan terus dibantu dari aspek kebajikan seperti bantuan rawatan uzur atau sakit termasuk kepada keluarga yang ahlinya meninggal dunia.

“Saya amat berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang banyak membantu menyuntik kewangan untuk kebajikan ahli-ahli yang uzur dan yang meninggal dunia.

Ujarnya, selain bantuan mendapatkan rawatan, aspek kebajikan seperti pencen kepada bekas wakil rakyat wajar dipertimbangkan.

“Ketika ini terdapat kerajaan negeri seperti Pahang dan Pulau Pinang yang tidak memberi pencen sedangkan wakil rakyat juga telah berkhidmat membangunkan negara.

MUBARAK5

Mesyuarat Agung Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) Sabah yang berlangsung pada Selasa.

“Bagi negeri yang menerima pencen tetapi tidak selaras seperti Sarawak yang memperuntukkan RM18 ribu sebagai nilai pencen sebulan kepada wakil rakyat berstatus menteri, kabinet negeri, negeri lain seperti Kedah dan Terengganu yang memperuntukkan RM16 ribu untuk Exco dan RM11 ribu bagi ADUN biasa.

“Dulunya pemberian ini selaras di setiap negeri tetapi mula berubah apabila corak politik berubah dan isu ini telah diperjuangkan selama enam tahun, diharap isu ini akan selesai dengan segera kerana ada yang dapat, ada menunggu dengan harapan, serta ada yang kita lihat dengan kesedihan.

“MUBARAK, amat berterima kasih kepada kerajaan negeri Sabah yang memberikan RM60 ribu bagi membantu pengurusan kebajikan bekas wakil-wakil rakyat di Sabah,” katanya semasa merasmikan Mesyuarat Agung Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) Sabah di sini pada Selasa petang.

Terdahulu, Yang Dipertua MUBARAK Sabah, Datuk Yussof Abd.Manan meluahkan rasa terima kasih kepada ahli yang hadir.

“Ucapan terima kasih juga kepada kerajaan pusat atas pelantikan seorang ahli MUBARAK Sabah dalam Lembaga Petronas yang jadi harapan selama ini. Terdapat beberapa isu yang wajar dipertimbangkan kerajaan pusat terutama isu tuntutan hak rakyat Sabah agar memberi keuntungan kepada rakyat dan kerajaan,” ujarnya lagi.

-SF

Tinggalkan komen anda