
Oleh : Akma Laily Hamdan, Maran
MARAN, 09 Sept (Malaysiaaktif) – Empat buah sekolah dengan 100 org pelajar sekitar Bandar Maran dihimpunkan Program Wacana Kemerdekaan yang berlangsung pada pagi ini.
Tujuan program ini diadakan ialah untuk mengelora nilai cintakan negara dan menghargai kemerdekaan oleh generasi muda.
Pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaab Maran Mohd Jeffry Abdullah berkata, melalui wacana ini, dia dapat menghayati pengalaman seorang tentera dahulu berjuang menuntut kemerdekaan negara.
Jeffry merasa terharu dengan perjuangan dan semangat askar-askar dahulu dan berazam untuk bersama-sama mempertahankan negara agar sentiasa di dalam keamanan dan kemerdekaan.
Program ini telah diisi dengan beberapa aktiviti yang menarik. Antaranya ialah Bicara Tokoh yang telah di sampaikan oleh Pengerusi Persatuan Veteran Angkatan Tentera Cawangan Maran, Haji Yaakob bin Badu. Moderator bagi Bicara Tokoh ini ialah oleh Penghulu Mukim Luit, Saharil Apendi bin Ahmad.