Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Tun Taib Pamer 100 Koleksi Gambar

By 11 September 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh: Mohd Baharruddin Mohamad

MIRI, 11 Sept (Malaysiaaktif)- Sebanyak 100 keping koleksi gambar Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud mula dipamerkan pada Pameran Dirgahayu yang bermula hari ini.

Bertemakan “Tonggak Perpaduan Rakyat”, pameran tersebut diadakan
bersempena sambutan Hari Jadi Tun Taib yang ke-80.

Pameran Dirgahayu berlangsung untuk menunjukkan bahawa Tun Taib sebagai pemimpin yanh telah berkhidmat sejak lima dekad lalu dan boleh dianggap seorang tokoh pemimpin yang amat berwibawa di Sarawak.

Reaksi Tun Taib ketika merasmikan Pameran Dirgahayu pagi tadi

Reaksi Tun Taib ketika merasmikan Pameran Dirgahayu pagi tadi

Koleksi gambar Tun memaparkan sejarah permulaan kehidupan Tun sebagai seorang pelajar yang bijak dan berwibawa selain turut mempamerkan kisah seorang pemimpin Islam yang mengamalkan prinsip wasatiah yang boleh menghayati semua agama dan budaya yang ada di Sarawak.

Menerusi gambar yang ada jelas menunjukkan beliau layak dianggap sebagai tonggak Perpaduan Sarawak sesuai dengan kedudukan sebagai bekas Ketua Menteri Sarawak.

Di samping itu, ada juga gambar yang memaparkan Tun mendekati rakyat
meraikan kepelbagaian budaya di Sarawak tanpa mengira kedudukan tempat sama ada di bandar, luar bandar, kawasan pedalaman mahu pun rumah panjang.

Antara koleksi gambar Tun Taib yang dipamerkan

Antara koleksi gambar Tun Taib yang dipamerkan

Sementara itu, pengunjung yang ditemui iaitu Cornelius Charles, 27 yang berasal dari Mukah berkata pameran tersebut sangat bermakna untuk mengetahui sejarah Tun sejak dia kecil sehinggalah bergelar pemimpin.

Tambahnya, gambar-gambar yang ada di pameran ini tidak ada di mana-mana kecuali disimpan oleh Jabatan tertentu.

“Saya tertarik hati melihat semua gambar seorang tokoh yang berjiwa pemimpin yang namanya terkenal di seluruh negeri Sarawak. Bukan senang untuk melihat koleksi sebegini.

image

“Saya berharap agar semoga pada perayaan akan datang akan ada pameran yang lebih besar lagi agar generasi baharu dapat mengetahui sejarah silam Tun.

Manakala bagi Siak bt Sapawi, 28 yang berasal dari Sepaoh menyeru orang ramai agar sudi berkunjung ke tempat pameran ini pada masa yang ditetapkan kerana setiap gambar Tun ada pengertian tersendiri ke arah kemajuan Sarawak.

Pameran anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak dengan kerjasama Jabatan Ketua Menteri dan kerajaan Negeri Sarawak itu dibuka dari 9.00 pagi tadi hingga 5.00 petang 13 Sepember bertempat di Dewan Suarah Miri.

SF/AAS

Tinggalkan komen anda