Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanEkonomiHome

Kemudahan Wi-fi, Pelbagai Menu Di R&R Simpang Temudok

By 11 Oktober 2016Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh Luhat Ajang

KUCHING, 11 Okt (Malaysiaaktif) – Wi-fi percuma dan kepelbagaian menu di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) yang dikenali sebagai Pusat Perniagaan Peladang Temudok kini muncul sebagai tempat  persinggahan utama bagi pengguna Lebuh Raya Pan Borneo sebelum meneruskan perjalanan baik ke Kuching mahu pun ke Betong.

Kawasan strategik yang beroperasi sejak 20 tahun lalu ini terletak di persimpangan masuk ke bandar Sri Aman

Terdapat lapan buah gerai menjual makanan dan minuman yang menyediakan makanan halal. Seorang peniaga yang ditemui memberitahu perniagaan mereka amat menggalakkan, terutamanya pada musim perayaan mahu pun cuti umum.

foto-1

Pemilik Gerai no.8 A Rahim dan isteri, Zarena Abdullah.

 

Pasangan suami isteri, A Rahim Banjar dan Zarena Abdullah adalah antara peniaga di sini yang menawarkan pelbagai menu di gerai no. 8 milik mereka. Berketurunan Jawa, A Rahim yang berasal dari Johor berkata mereka telah berniaga sejak tahun 2000 lagi dengan kadar sewa bulanan sebanyak RM745 sebulan yang disifatkanny sebagai berpatutan.

Menu utama di gerai no.8 ialah Nasi Kari Kambing, iaitu antara masakan istimewa masyarakat Jawa Johor. Selain itu, terdapat juga juadah tempatan yang tidak kurang hebatnya, seperti Ikan Jan Asam Pedas, dan Sayur Midin Goreng Belacan. Gerai mereka beroperasi mulai 9.00 pagi hingga 11.00 malam bergantung kepada kehadiran pengunjung.

foto-2

Menu utama di gerai no.8 ialah Nasi Kari Kambing.

 

Sementara itu, anggota Pasukan Gerakan Am dari Kem Temudok di sini, Koperal Yusnie Yahya pula penggemar Mee Jawa yang dijual di gerai no.6.

Yusnie yang berasal dari Serian berkata harga makanan agak berpatutan. Dia juga menyarankan supaya kedai-kedai di sini dibuka 24 jam.

Kawasan R & R ini bukan sekadar dikunjungi oleh pengguna Lebuhraya Pan Borneo, malahan juga oleh pekerja pejabat dari Sri Aman, termasuk Nizura Anak Midai yang berkata dia bersama rakan-rakan sesekali datang membeli lauk-pauk untuk dibawa balik ke rumah.

foto-4

Sapiee Bin Hamdan menjual Kuih.

 

Dalam pada itu, seorang peniaga kuih-muih, Sapiee Hamdan, 47, yang berasal dari Kuching dan kini menetap di Kampung Hulu, Sri Aman memberitahu, dia dan isterinya telah berniaga di sini sejak enam tahun lalu dengan sewa RM477 sebulan.

Dia berkata “pisang goreng, ‘pisang keju’ dan keropok lekor merupakan jualan yang paling laris. Sapiee turut menerima kuih–muih untuk dijual di gerainya yang dibuka daripada pukul  9.00 pagi hingga 3.00 petang. Pelanggannya termasuk kakitangan kerajaan yang bertugas berdekatan, termasuk polis, askar dan guru, selain pengguna lebuh raya.

foto-3

R & R ini juga dikunjungi oleh mereka yang bekerja di Sri Aman.

 

R & R ini antara infrastruktur yang tersedia bagi memudahkan dan membantu para pengguna Lebuh Raya Pan Borneo yang menghubungkan Sarawak, Brunei dan Sabah. Bahagian Sarawak lebuhraya sepangang 1,089km  ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2022.

Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 31 Mac 2015.

 

-SF/AAS

Tinggalkan komen anda