Skip to main content
Berita TempatanSabah

150 Jemaah Haji Selamat Tiba di Sabah

By 12 Oktober 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

  Oleh: Zuraidah Ahmad (Sabah)

 

KOTA KINABALU, 12 Okt (Malaysiaktif) – Kumpulan terakhir jemaah haji Sabah yang menerbangkan 150 jemaah dengan pesawat MH8108/KT41S selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) pada 3.55 pagi semalam.

Pengarah Tabung Haji (TH) Sabah, Datin Norlaila Said bersyukur dan berpuas hati dengan komitmen serta kerjasama semua pihak termasuk para jemaah yang membolehkan operasi haji tanah air berjalan dengan lancar.

“Atas kerjasama semua pihak dan jawatankuasa yang terlibat, semua penerbangan jemaah Sabah sudah selesai dan para jemaah tiba di tanah air dengan selamat.

“Ketiga-tiga penerbangan KT41S, KT25S dan KT24S berjaya membawa lebih 700 jemaah haji Sabah dari tanah air ke Tanah Suci dan kembali ke tempat masing-masing.

Pengarah Tabung Haji

Pengarah Tabung Haji Sabah, Datin Norlaila Said

“Kita juga bersyukur kerana seluruh jemaah juga disahkan sihat dan berjaya melepasi tahap pemeriksaan serta saringan kesihatan yang dikendali para pegawai perubatan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah sejurus tiba lapangan terbang,” katanya ketika ditemui pada Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji Tanah Air (OTHA) Musim Haji 1437H/2016M di Balai Ketibaan 3 di sini, pada Selasa.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sijil serta cenderamata sebagai tanda penghargaan kepada semua jabatan serta agensi yang terlibat dalam operasi haji berkenaan.

Jelasnya, kumpulan pertama dan kedua jemaah haji negeri ini masing-masing telah tiba dengan pesawat KT24S serta KT25S pada 1 dan 2 Oktober lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, Norlaila berkata Pejabat TH di Kudat dijangka akan beroperasi selewat-lewatnya April tahun depan.

Sementara itu, usaha juga sedang dipergiat dengan kerjasama Ahli Dewan Undangan Negeri Karanaan, Datuk Seri Masidi Manjun bagi mewujudkan sebuah Pejabat TH di Kundasang, menjadikan jumlah keseluruhan di Sabah sebanyak 10 pejabat.

-SF

Tinggalkan komen anda