Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

Penduduk Jln Susur Sg Merlimau Mahu Tebatan Banjir Disegerakan

By 9 Oktober 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Laporan oleh Fauzrina Hj Bulka / Foto: Zarina Mad Dol

MELAKA, 9 Okt (Malaysiaaktif) – Hujan lebat pada Jumaat lepas dari seawal 3.00 pagi menyebabkan air naik hingga ke paras pinggang dan masuk ke dalam rumah penduduk di kilometer 23 Jalan Susur Sungai Merlimau di sini.

Peniaga kantin, Zarina Mad Dol, 42 berkata ketika hujan lebat itu dia tidak terfikir akan berlaku banjir kerana semenjak jambatan baharu di dibina pada Oktober tahun lepas, kawasan tersebut tidak pernah dinaiki air lagi.

47b7d780-46e7-4655-842a-bc458ecf3702

Malaysiaaktif pernah menyiarkan berita mengenai pembinaan jambatan baharu menggantikan jambatan lama yang uzur di jalan susur Sungai Merlimau itu.

“Saya tidur seperti biasa ketika hujan namun terjaga sejam kemudian selepas dikejutkan oleh adik ipar kerana air naik dengan pantas dan kami kelam kabut mengemas barang supaya tak basah dengan air yang masuk,”katanya ketika dihubungi Malaysiaaktif.

6fc5790d-e387-47b9-9a7b-bbf0993cb8f4

Zarina berasa terkilan kerana barangan kering, seperti tepung dan bahan-bahan untuk membuat roti yang baru dibeli musnah diserapi air banjir.

“Saya mendapat tempahan roti dan sudah berjanji dengan pelanggan untuk menyiapkannya hari ini, tapi terpaksa dibatalkan dan saya berharap mereka dapat memahami situasi saya,” ujarnya sedih.

Dia juga yang berniaga di kantin Sekolah Agama Jaim Bandar Merlimau mendapat ihsan daripada guru besar untuk menangguhkan jualan sehingga segala permasalahan diselesaikan.

a454b8fb-2705-460a-be88-9a997d0bf25f

“Saya cuma mengharapkan pihak berwajib untuk segera menyediakan kawasan tebatan banjir seperti yang dijanjikan supaya kami sebagai rakyat tidak lagi perlu menghadapi situasi begini,”katanya.

Tambahnya, perabot juga turut musnah dan terpaksa dibuang kerana tidak dapat digunakan lagi.

“Saya tidak menyalahkan sesiapa, namun berharap perhatian diberikan dengan permasalahan kami kerana kami yang melalui saat sebegini, dan hanya kami yang merasakan keperitannya,”kata Zarina.

 

Baca laporan terdahulu: https://malaysiaaktif.my/?p=8549

Tinggalkan komen anda