Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurViral

30 Negara Sertai ICDM 2016 Bagi Membantu Muslim Pekak

By 28 November 2016Tiada komen2 minit bacaan
Gambar: globaldeafmuslim/launchgood

 

Laporan/ Foto oleh Mohd Anuar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 28 November (Malaysiaaktif) – “Individu Muslim yang mempunyai masalah pendengaran perlu dibimbing dan diberi peluang untuk bersama-sama memberi pendapat dan pandangan bagi memastikan kemajuan Islam di peringkat antarabangsa.”

Ini dinyatakan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Paimuzi Yahya semasa merasmikan Persidangan Muslim Pekak Antrabangsa di sini hari ini.

Menurut beliau kajian perlu dijalankan untuk menyeragamkan bahasa isyarat peringkat antarabangsa bagi memudahkan golongan Muslim pekak mendalami budaya Islam di seluruh dunia.

15c77eea-cee3-4703-a25a-90fae1235785

Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Paimuzi Yahya semasa merasmikan ICDM 2016 hari ini.

 

Sehubungan itu Paimuzi berkata persidangan ini menghimpunkan tokoh-tokoh yang peka akan dilema dalam kalangan golongan Muslim pekak dan seterusnya membincangkan cara menyerlahkan hak mereka di peringkat antarabangsa.

Dalam pada itu, Pengerusi Pertubuhan Muslim Pekak Antarabangsa (Global Deaf) yang berpengkalan di Washington, Amerika Syarikat, Nashiru Abdulai dalam ucapannya berkata, “Umat Islam di peringkat antarabangsa perlu bersatu dalam mewujudkan infrastruktur bagi kemudahan pembelajaran agama Islam di peringkat antarabangsa dalam kalangan kanak-kanak mahu pun orang dewasa.”

Tambah beliau lagi, “Persidangan ini juga akan turut mengkaji dalam mewujudkan keseragaman bahasa isyarat peringkat antarabangsa bagi memudahkan Muslim pekak mempelajari budaya Islam di seluruh dunia.”

ccb44fe0-7eb5-4338-9c42-6eef00988913-1

Antara perwakilan komuniti Muslim pekak antarabangsa yang menghadiri ICDM 2016 hari ini.

 

Persidangan Muslim Pekak Antarabangsa 2016 (ICDM)  yang diadakan di sebuah hotel di sini selama tiga hari bermula semalam hingga esok ini merupakan kesinambungan persidangan pertama yang berlangsung di Doha, Qatar pada 2013.

Persidangan ini menghimpunkan kesatuan Muslim pekak dari pelbagai negara Islam untuk membincangkan isu serta mengumpul data-data antarabangsa.

Ia juga bertujuan membantu golongan Muslim pekak dari peringkat kanak-kanak hingga dewasa supaya mampu berdaya saing dan berdikari tanpa bergantung penuh kepada mana-mana anggota masyarakat dalam menjalani kehidupan seharian.

Sejumlah 300 perwakilan dari 30 buah negara menghadiri ICDM kali ini yang bertemakan ‘Islam Untuk Orang Pekak.’

Malaysia, antara lain diwakili oleh Pengerusi Kesatuan Orang Pekak Malaysia, Mohamad Sazali Shaari dan Pengerusi Kesatuan Orang Pekak Arab Saudi, Ayed Al-Sudairi.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda