Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Meningkatkan Pembuatan Aeroangkasa Di Malaysia

By 17 November 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh   : Mohd. Shahfuri Saidan dan Abdul Raof Othman

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Malaysiaaktif) – “Industri pembuatan aeroangkasa di Malaysia telah membangun dengan pesat dan memberi keuntungan mencecah RM6.8 billion pada 2015 berbanding RM600 juta pada 2009”.

Demikan ujar Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed ketika sesi sidang media ‘Majlis Aeroangkasa Malaysia’ selepas menghadiri mesyuarat bagi membincangkan status dan arahtuju sektor pembuatan aeroangkasa di Malaysia, bertempat di Menara MITI di sini hari ini.

“Dengan pelan strategik membawa masuk pelaburan berkualiti ke Malaysia ia mampu meningkatkan lagi sektor ini,” tegas beliau lagi.

Datuk Seri Mustapa berkata “Buat masa ini sektor pembuatan aeroangkasa telah membuka peluang pekerjaan kepada lebih 8800 orang dan dijangka akan menyumbang RM2.2 billion menjelang tahun 2030.”

“Ini berdasarkan pelan tindakan 2030 yang telah dilancarkan pada tahun lepas semasa Pameran Aeroangkasa Antarabangsa Maritim di Langkawi ( LIMA)”.

Beliau turut menyatakan bahawa Malaysia mempunyai peluang luas dalam permintaan industri pembuatan Airbus dan Boieng menjelang tahun 2035 iaitu melebihi 23 ribu tempahan.

Dalam persediaan pembekal dari Malaysia untuk menembusi pasaran aeroangkasa antarabangsa SME Corp Malaysia telah merancang program pembangunan dengan melancarkan ‘Transformation Programme Business Services Entry Point Project 8’.

Tinggalkan komen anda