Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Gerakan Bantah Himpunan Merah Dan Kuning 5

By 17 November 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh  :  Anwar Aizuddin Abdul Wahab dan Mohd Izzideen Khairi Zakaria

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Malaysiaaktif) – Satu sidang media ‘Gerakan Bantah BERSIH 5’ telah diadakan di Pejabat Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), Aras 5, Menara PGRM, di sini hari ini.

Sidang media yang bermula jam 10.00 pagi dan dipengerusikan oleh Naib Presiden Parti Gerakan Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau adalah sebagai bantahan GERAKAN terhadap Perhimpunan BERSIH 5 dan Baju Merah yang dijangka diadakan pada 19 November ini.

Beliau menegaskan “Demonstrasi ini hanya bertujuan untuk memecah belahkan perpaduan rakyat di Malaysia.”

“Menurut Perlembagaan, semua rakyat Malaysia berhak bersuara, berhimpun mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012) namun sekiranya perhimpunan tersebut mendatangkan bahaya dan kerosakan kepada keselamatan awam, maka itu adalah kesalahan dan tidak bertanggungjawab,” tegas beliau.

Datuk Dr Dominic juga mencabar Maria Chin dan Datuk Jamal Yunus yang menyatakan pendirian untuk meneruskan perhimpunan ini.

Beliau mempersoalkan “Kenapa tidak menghormati Perlembagaan negara dan mengapa tidak menghormati undang-undang dan memberi contoh buruk kepada generasi akan datang?.”

Beliau juga menyeru agar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil langkah sewajarnya bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Beliau juga memohon agar Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Setiausaha Agung UMNO mengambil tindakan tegas terhadap ahli UMNO yang terlibat dalam himpunan Baju Merah ini.

Di akhir sidang media, GERAKAN menzahirkan agar PDRM membuat perjumpaan dengan kedua-dua pihak penganjur untuk menasihati agar perhimpunan BERSIH 5 dibatalkan.

Tinggalkan komen anda