
Foto: PDRM
KUALA LUMPUR, 4 Nov — Polis Diraja Malaysia melancarkan sistem National Urgent Response Alert (NUR Alert) di laman sosial Facebook bagi menyebarkan maklumat berkaitan kanak-kanak hilang di negara ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata melalui sistem itu, maklumat kanak-kanak hilang akan disalurkan kepada pengguna media sosial berkenaan melalui suapan berita (News Feed).
“Dengan 19 juta pengguna berdaftar Facebook di Malaysia, maklumat dapat disalurkan dengan cepat dan cara ini lebih efisyen untuk mengesan kanak-kanak hilang,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.