Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Tebaloi Payak Pekan Oya Katanya Yang Terbaik

By 4 November 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Mohd Baharruddin Mohamad

MUKAH, 4 Nov (Malaysiaaktif) –Tebaloi Payak ialah makanan yang diperbuat daripada tepung sagu rumbia dicampurkan dengan kelapa parut segar ditambah dengan payak (udang kecil) sebagai inti dan sedikit garam sebagai perasa.

Tebaloi Payak yang dijual oleh Norfarisa Mustafa, 23 dari Kampung Boom Oya sentiasa menjadi tumpuan ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat kampung di kawasan Mukah, Oya, Dalat dan sekitarnya bagi mendapatkan makanan tradisional orang Melanau.

img_6349

Tebaloi yang telah siap untuk dijual

“Tebaloi dibakar secara tradisional dengan menggunakan kayu api dan masih panas ini memberi rasa dan aroma asli yang menjadikan tebaloi ini lebih sedap,” ujar Norafisa.

Beliau menjual tebaloi payak dengan harga RM2 sebatang dan mula berniaga seawal 7.00 pagi setiap Sabtu sejak lebih setahun.

“Saya mampu menjual lebih 60 batang dalam sehari dan memperoleh pendapatan lebih kurang RM160 ketika tebaloi mendapatan sambutan hangat daripada pembeli.

“Penjualan tebaloi sangat menggalakkan dan ini dapat menjana pendapatan ekonomi penduduk Oya dan keluarga kami.

“Kami hanya berniaga pada hari Sabtu sahaja manakala setiap petang kami berniaga di Oya Square bermula pada 2.00 petang hingga 7.00 malam.

“Selain tebaloi payak, ikan panggang dan ikan salai daripada pelbagai jenis ikan turut dijual dengan harga RM12 seekor, Pais Ikan RM5, sayap ayam RM2, hati ayam RM1 secucuk,” jelasnya lagi.

img_6350

Antara peniaga tebaloi di Pekan Sabtu, Oya

Tinjauan Malaysiaaktif di Pekan Sabtu, Oya tersebut awal pagi Sabtu lepas mendapati orang ramai yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat mula mengunjungi pekan tersebut seawal 7.00 pagi dan mendapati pelbagai jenis jualan terdapat di situ termasuklah barangan keperluan harian.

Seorang pengunjung pembeli tebaloi payak, Noriswati Din,24 berkata, apabila dia berkunjung ke Pekan Oya selalunya dia tidak ketinggalan membelinya.

“Saya membeli tebaloi kerana rasanya sedap dan harganya berpatutan. Oleh sebab kesedapannya, saya membeli enam batang lebih sekali.

“Saya minat makan tebaloi sejak kecil lagi dan ini ialah makan tradisional sejak datuk nenek saya dulu,” jelas beliau lagi.

Sementara itu, seorang kakitangan Majlis Daerah Dalat Mukah (MDDM)
yang mengutip sewa kedai, Masbee Hasan berkata, sejak pekan Oya beroperasi pendapatan ekonomi pendudukan Oya semakin bertambah dan meningkat serta nampak perubahannya.

“Sewaan sebuah kedai hanya RM5 setiap Sabtu dan setiap hari saya kutip hampir 100 kedai dalam setiap operasi. Walaupun nampak jumlah kecil dari segi penjualan tapi saya anggarkan lebih kurang belasan ribu pendapatan sehari oleh keseluruhan penjual.

“Saya gembira juga atas perubahan di Pekan sabtu Oya dan di Square Oya pada masa sekarang,” ujar beliau lagi.

 

SF/AAS

Tinggalkan komen anda