Oleh: Fauzrina Hj Bulka / Foto: PDRM
MELAKA, 7 Nov (Malaysiaaktif) – Polis mencari waris seorang lelaki, Ravichandran A/L Renganathan yang dijumpai terapung di Sungai Melaka berhampiran River Cruise awal bulan lalu.
Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Melaka Tengah, Asisten Superintendan Noor Zarini Ariffin berkata, mayat tersebut masih belum dituntut oleh ahli keluarga selepas dijumpai lemas kira-kira pukul 9 pagi pada 11 Oktober lalu.
“Lelaki itu dijumpai terapung di Sungai Melaka berhampiran River Cruise dalam keadaan terbalik dan ditemui seorang pekerja pembersihan sebelum membuat panggilan kecemasan,” ujarnya.
Tambahnya, alamat terakhir mangsa berusia 44 tahun itu adalah di C3, Rumah Pangsa Taman Bachang Permai, Jalan Tun Fatimah, Batu Berendam, di sini.
Anggota keluarga atau waris mangsa boleh menghubungi Noor Zarini di talian 0197731273 untuk maklumat lanjut mengenai kes tersebut.
-DZ