Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

PolySkills 2016: 21 Politeknik Bakal Berentap Tonjol Kemahiran

By 14 November 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan dan foto oleh Rozer Masudin

MERLIMAU, 14 Nov (Malaysiaaktif) – Pertandingan Kemahiran Peringkat Politeknik 2016 atau singkatannya PolySkills 2016 bermula hari ini hingga 17 November di Politeknik Merlimau, Melaka.

Seramai 128 orang peserta yang mewakili 21 buah Politeknik seluruh Malaysia dianggarkan menyertai PolySkills 2016 ini.

Sebanyak tujuh bidang dipertandingkan iaitu Stenography, Electronics, Computer Aided Design, Mechatronics, Geomatic Competition, Decorative Painting dan IT Network System Administration.

Merupakan acara tahunan Politeknik Malaysia sejak tahun 2014, PolySkills adalah satu jenama yang menaungi aktiviti-aktiviti pertandingan kemahiran WorldSkills Malaysia di peringkat Politeknik Malaysia.

Antara tujuan penganjurannya adalah untuk menggalakkan penyertaan lebih ramai pelajar dan pensyarah Politeknik dalam Pertandingan WorldSkills Malaysia di samping memperbaiki prestasi pasukan Politeknik Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

Pertandingan ini merupakan sebuah platform bagi melahirkan para graduan yang berkepakaran dan berkemahiran yang bergerak seiring dengan kehendak pasaran tenaga kerja dan industri berdasarkan standard antarabangsa.

Ini dibuktikan dengan pencapaian membanggakan oleh dua orang wakil Politeknik Malaysia yang berjaya meraih emas dalam kategori ‘Restaurant Services’ dan ‘Fashion Technology’ dalam ASEAN World Skills Competition 2016 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada September lalu.

Majlis penutup yang akan berlangsung pada 17 November ini bakal dirasmikan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi, Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda