Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeViral

Remaja Dipercayai Tokan Dadah Tidak Sempat Lari

By 14 November 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan dan foto oleh Fauzrina Hj Bulka

MELAKA, 14 Nov (Malaysiaaktif) – Seorang remaja yang dpercayai tokan dadah ditahan bersama seorang lagi rakan sebayanya di dalam rumahnya di Kampung 6, Ayer Molek di sini, pada Sabtu.

6Taktik remaja tersebut yang memasang Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) di rumahnya di tidak berhasil apabila ditahan sepasukan penguat kuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Melaka yang membuat serbuan dalam operasi kira-kira pukul 11 malam itu.

Menurut Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK Melaka, Nor Azmi Sattar, remaja lelaki yang ditahan di rumahnya bertindak memasang CCTV bagi mengawasi pihak berkuasa dari diserbu.

“Ketika serbuan dibuat, remaja terbabit bersama seorang lagi rakan berada di dalam rumah itu yang turut didiami bersama keluarga.

“Namun, mereka yang melihat penguat kuasa dalam CCTV tidak sempat lari kerana AADK telah membuat perancangan awal dengan mengepung kawasan rumah berkenaan dan kedua-duanya dapat ditahan.

“Remaja itu dipercayai sudah menjalankan ‘bisnes’ tersebut sejak setahun yang lalu. Malah, ketika serbuan dibuat, dia didapati sedang membungkus ‘barang’ untuk dijual kepada penagih,” jelasnya.

Tambah Nor Azmi, siasatan awal ke dalam bilik tersebut menermui alat menghisap dadah dan tokan tersebut juga sedang membungkus satu paket lutsinar dipercayai Syabu.

“Kedua-dua mereka yang didapati positif dadah Meth kemudian diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah untuk tindakan lanjut,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Program My Beautiful Malaysia (My BM) di kawasan rekreasi Ayer Molek semalam mendapat kerjasama komuniti setempat dalam menaik taraf kawasan itu yang menjadi ‘port’ penagih dadah sejak setahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Persatuan Penduduk (JPP) Zon 1 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Ayer Molek, Mohd Fauzi Abu Bakar berkata, ibu bapa kepada murid-murid di sekolah berhampiran melahirkan rasa bimbang kerana kawasan tersebut dilihat semakin rancak menjadi lokasi penagih.

1

 

2

 

“Kita berharap gotong royong dengan AADK, MBMB dan penduduk ini diharap dapat menghapuskan port ini kerana di sinilah tempat murid-murid bermain sambil menunggu ibu bapa untuk pulang ke rumah. Jjadi kita bimbang perkara tidak diingini berlaku,” jelasnya.

Program tersebut turut disertai ahli-ahli Kelab Kereta ALZA Melaka yang turut singgah bagi menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan sempena Program Semarak Desa.

 

-DZ/AAS

Tinggalkan komen anda