Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

Bimbingan Pensyarah, Politeknik Mukah Juara

By 17 November 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh: Rozer Masudin / Foto: Mohd Shaiful Hasnor

MERLIMAU, 17 Nov (Malaysiaaktif) – Dinobatkan sebagai juara keseluruhan Pertandingan Kemahiran Peringkat Politeknik (PolySkills) 2016, merupakan kejayaan yang cukup bermakna untuk pasukan Politeknik Mukah, Sarawak.

Menurut Ketua Kontinjennya, Wan Jamalulail Wan Mohd Zain, selain daripada kesungguhan para pelajar, ia juga didorong oleh bimbingan mantap daripada para pensyarah yang terlibat sama dalam membantu dan mengajar mereka menghasilkan mutu kerja yang terbaik sehingga diangkat selaku juara keseluruhan.

1

“Saya cukup kagum dengan kesungguhan setiap peserta, mereka amat konsisten dalam berlatih dan bertanya kepada para pensyarah demi mendapatkan hasil yang berkualiti,” ujarnya.

Tambahnya lagi, kesemua pelajar yang mewakili Politeknik Mukah untuk edisi penganjuran 2016 ini merupakan pertama kali bertanding.

Kejayaan Politeknik Mukah membolehkannya menjadi wakil Politeknik seluruh Malaysia dalam Pertandingan World Skills Malaysia akan datang.

 

whatsapp-image-2016-11-17-at-17-44-14

Daripada tujuh bidang yang dipertandingkan, Politeknik Mukah berjaya memenangi tiga daripada kategori iaitu johan bagi kategori Decorative Painting diwakili oleh Natalie Singa dan Stenografi yang diwakili oleh Noraidah Aziz serta mendapat tempat ketiga dalam Computer Aided Design oleh Mohammad Razzi Salleh.

Manakala bagi Kategori Mekatronik, pasukan dari Politeknik Kota Baharu, Mohammad Shafiq Mohd Asri yang bergandingan dengan Muhamad Adib Amsyar Ahmad dinobatkan sebagai juara. Bidang Geomatik dimenangi oleh Muhammad Fadlin Yusoff mewakili Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah.

Politeknik Ungku Omar, Ipoh dan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis masing-masing diwakili Meor Muhammad Kamal Meor Muhammad Sulaiman dan Muhammad Nabil Ashraf Ruslan berjaya memenangi kategori IT dan Elektronik.

Seramai 128 orang peserta yang mewakili 21 buah Politeknik berentap dalam PolySkills 2016 bermula 14 November hingga hari ini bagi menentukan kejuaraan setiap bidang yang dipertandingkan.

dsc_1736

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Tan Sri Noorul Ainur Mohd Nur yang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda