Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Roti Canai Goreng Juadah Sarapan Istimewa Kapit

By 30 November 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Nicholas Balawing Ibas

KUCHING,30 Nov (Malaysiaaktif) –  Roti canai goreng telah lama menjadi juadah istimewa sarapan pagi bagi masyarakat pelbagai kaum di sekitar Kapit, Sarawak.

Dijual dengan harga RM 2.00 bagi satu hidangan, ia kini semakin mendapat perhatian dan menjadi makanan kegemaran bagi pelawat atau pengunjung dari luar yang datang ke Kapit.

Menurut penduduk tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Maik (bukan nama sebenar), 33 tahun, adalah satu kebiasaan jika perkara pertama yang ditanya oleh pengunjung dari luar Kapit adalah di mana boleh mendapatkan juadah roti canai goreng.

“Hidangan roti canai goreng memang sangat popular ketika ini dan antara penyebabnya ialah hasil daripada buah mulut pelawat dari luar Kapit”, katanya lagi.

Gerai menjual roti canai goreng boleh ditemui dengan mudah di Gelanggang Kenyalang.

Katanya lagi, hidangan roti canai goreng biasanya akan habis dijual menjelang tengahari akibat permintaan yang tinggi.

Kapit, sebuah bandar di pedalaman Sarawak terletak lebih 150 kilometer dari bandar Sibu. Pada masa kini, Kapit hanya boleh dilalui melalui pengangkutan bot ekspres sungai yang melalui Sungai Rajang dan mengambil masa tiga jam perjalanan.

Selain daripada roti canai goreng, Kapit juga mempunyai makanan eksotik lain yang telah lama terkenal seperti ikan ‘Empurau’ dan ikan ‘Semah’ yang harga boleh mencecah ribuan ringgit bagi setiap kilogram.

Antara faktor penyebab ikan tersebut mahal adalah kerana kesukaran untuk memperolehinya iaitu hanya didapati di kawasan paling hulu di Kapit.

 

Tinggalkan komen anda