Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Denai Kota Belud Indah, Mencabar dan Menggayatkan

By 20 Disember 2016Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Yahya Abdul Rajak / Foto: Azman Jumat (Sabah)

KUNDASANG, 20 Disember (Malaysiaktif) –  Pembukaan laluan ‘Denai Kota Belud’ ke puncak Gunung Kinabalu memberikan suatu cabaran baharu kepada penggemar pendakani gunung baik di dalam mahupun di luar negara.

Denai yang dibuka kepada orang ramai pada 9 Disember lalu itu turut dicuba oleh wartawan Malaysiaaktif Sabah, Asmidar Zainol selepas dirasmikan oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Karmalin Ombi.

kbt3

Antara cabaran di laluan Kota Belud Trail.

 

kbt4

 

Bagi Asmidar peluang untuk mencuba laluan baharu ini pastinya tidak boleh dilepaskan, walaupun ia pengalaman pertama baginya mendaki tanpa sebarang persiapan. Namun demikian, pengalaman tersebut tidak dapat dirasai sepenuh.

“Nasib tidak menyebelahi saya kerana kurang tenaga ketika mendaki, justeru gagal untuk mengalami sendiri sepenuhnya laluan tersebut,” ujarnya.

kbt5

Denai ini turut merentasi air terjun.

 

Denai Kota Belud yang juga dikenali sebagai Kota Belud Trail merupakan laluan pilihan pendaki yang  inginkan cabaran laluan berbatu yang curam sehingga hampir 90 darjah.

Seramai 31 orang pendaki, termasuk pasukan Restorasi Gunung Kinabalu dan media diberikan penghargaan sebagai pendaki pertama merasmikan laluan Denai Kota Belud ini.

kbt6

kbt7

Curam hampir 90 darjah amat mencabar.

 

Bagi jurufoto, Azman Jumat, ini merupakan aktiviti mendaki kali kedua dilakukan selepas pengalaman pertama 25 tahun lalu.

“Saya rasa beruntung diberikan penghormatan mencuba laluan sejauh 1.1 kilometer ini, yang pastinya menyeronokkan dan mencabar.”

Jelasnya lagi, permukaan batu yang licin melalui air terjun tentunya mengasyikkan, tetapi kecuraman memaksa setiap pendaki merangkak bagi mengimbangi diri.

 

kbt12

Ketua Pendakian, Senior Park Renger, Martin Moguring.

 

kbt9

kbt10

“Setiap pendaki yang ingin melalui laluan ini perlu ada stamina tinggi serta tangan dan kaki yang kuat dan tahan gayat.

“Selain itu, pastikan aspek pemakaian ketika ingin menggunakan Kota Belud Trail ini bersesuaian, terutama kasut yang sebaiknya jenis mencengkam,” ujarnya lagi selepas berjaya melalui laluan tersebut.

kbt11

 

Sementara itu, Karmalin pula berkata denai ini akan menjadi laluan alternatif kepada para pendaki, selain daripada laluan “Ranau Trail” yang telah dibuka kepada pendaki pada Disember 2015.

“Kami berharap laluan baharu ini  akan menjadi tarikan kepada para pendaki dengan cabaran serta pemandangan Gunung Kinabalu dari satu sudut yang berbeza dari laluan sedia ada.”

Menurut beliau, dari Januari hingga Oktober tahun ini seramai 32,550 orang pendaki telah mendaki Gunung Kinabalu. Mereka terdiri daripada warg tempatan seramai 14,502 orang dan antarabangsa seramai 18,048 orang.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda