Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Himpunan Bersama Perangi Rasuah

By 10 Disember 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan oleh Robani Nabi Ahmad / Foto : Mohamad Anizan Mat Daud

KOTA BHARU, 10 Dis (Malaysiaaktif) –Bersempena dengan Sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa Peringkat Negeri Kelantan 2016 yang diadakan di Perkarangan Stadium Sultan muhamad ke-IV, SPRM Kelantan telah mengadakan beberapa majlis sambutan bertujuan menghayati kejayaan SPRM dalam memerangi jenayah rasuah disamping untuk mengeratkan hubungan antara pegawai SPRM dengan masyarakat.

Mohamad Arif Abdulah, 34, menyifatkan program ini amat bermqnfaat dalam memberi kesedaran tentang kepentingan menghindar rasuah.

“Perhimpunan ini amat baik dalam meningkatkan kesedaran orang awam tentang bahaya dan risiko rasuah terutamanya di kalangan penuntut-penuntut dalam membentuk masyarakat yang bersih daripada rasuah,” ujarnya.

Menurut seorang lagi penjawat awam, Rohaida, 45 berkata program ini adalah untuk meningkatkan kefahaman mengenai kesalahan dan pencegahan rasuah terutama kepada penjawat awam yang kian berleluasa.

“Melalui gabungan antirasuah ini, diharapkan agar semua pihak dapat menzahirkan komitmen dan menegakkan urus tadbir yang baik pada masa akan datang.

“Perhimpunan ini secara tidak langsung membentuk pakatan antirasuah dalam usaha membendung rasuah dan ketirisan kewangan,” jelasnya lagi.

 

-SH

Tinggalkan komen anda