Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahEkonomiHomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

PAU2016 Perlu Menjadi Medan Promosi Jenama Malaysia

By 3 Disember 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Muhammad Rizal Redzuan

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Malaysiaaktif) – Perhimpunan Agong UMNO (PAU) 2016 seharusnya menjadi medan untuk usahawan Melayu memperkenalkan barangan serta mempromosikan jenama Malaysia dengan cara mengumpulkan mereka secara lebih ekonomi dasn kompetitif.

Pegawai Esekutif, Sekretariat Kuala Lumpur 2017, Jaher Hussein Mohamed yang sudah tujuh kali mengambil gerai jualan di PAU berkata dengan kehadiran sekitar sejuta pengunjung ke perhimpunan kali ini, trafik manusia yang begitu tinggi mampu menjadi pemangkin promosi secara kos rendah untuk menonjolkan produk mereka.

20161202_184509

Jaher Hussein Mohamed.

 

Beliau mengambil contoh produk seperti telefon pintar, minyak wangi yang seringkali kelihatan diimport dari luar negara, walahl kesemuanya juga dihasilkan oleh usahawan tempatan dengan harga yang lebih rendah.

Seorang lagi peniaga, Eleena Syeikh 21, berkata, PAU perlu mengetengahkan kualiti antarabangsa tetapi keluaran tempatan. Ini kerana ramai pengunjung dari luar negara, seperti dari India, Jepun dan Korea turut datang ke jualan PAU.

20161202_184107

Eleena Sheikh.

 

Eleena yang telah lebih lapan kali mengikut keluarganya berniaga dan mempromosikan jenama di sini pihak pengurusan PAU membuat perubahan kepada ‘layout’ gerai dan ruang niaga di sini supaya lebih teratur, moden dan selesa.

Juga penting bagi Elena supaya tandas dibersihkan dengan lebih di ruang di ruang niaga.

Sementara itu, pengunjung dari Sik Kedah, Mohd Faizal Abdullah berkata harga barangan jualan di sini jauh lebih murah daripada biasa. Sebagai contoh, dia biasa membeli kain sut atau kain pasang dengan harga RM50 sepasang, tetapi di sini, harganya empat pasang RM100.

Bagi Khairunnisa Veronica Abdullah, 39, walaupun promosi di PAU2016 lebih murah daripada pasar malam, namun harga yang rendah tidak bererti kualiuti rendah, malahan setanding dengan produk impot.

Beliau berkata earphone yang dijual dengan harga 3 pasang RM10 memang tak mungkin dapat dibeli di tempat lain. Selain itu, minyak wangi berjenama yang payah diperoleh di tempat lain turut dipromosikan pada harga kompetitif dan menarik.

Di pihak pengrusan acara, Pengurus Acara Bahagian Korporat UMNO/ PAU2016, Amran Alias berkata, seboleh-bolehnya mereka mahu menyediakan ruang kepada semua orang Melayu untuk berniaga di sini, tetapi ini tidak mungkin keranan ruang terhad.

Pada tahun ini, PAU2016 menyediakan sejumlah 250 gerai dengan harga sewa minima RM3000 bagi lokasi biasa. Untuk lokasi strategik atau Gerai Premium pula seperti di kawasan pintu – pintu masuk, harga adalah berdasarkan kepada bidaan bermula daripada RM6000.

Selain gerai jualan biasa, PAU2016 juga menyediakan sebanyak 26 gerai pameran koporat dengan harga di antara RM130,000 hingga RM180,000 bagi setiap gerai dengan segala keperluan logistik disediakan urusetia.

Gerai-gerai jualan beroperasi sejak 28 November di Dewan Tun Razak 3.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda