Skip to main content
Berita TempatanGlobalHomePutrajayaWilayah Persekutuan

[VIDEO] Malaysia Kutuk Tragedi di Aleppo

By 16 Disember 2016Tiada komen2 minit bacaan
Ahmad Zahid menegaskan pendirian Malaysia berhubung tragedi di Allepo.

 

Laporan: Syed Hisham Shah &  Aziz A. Shariff / Foto & Video (KL) : Syed Hisham Shah (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 16 Dis (Malaysiaktif) – Konflik di Bandar Aleppo, Syria terus menjadi perhatian kerajaan.

Menyifatkan kejadian di sana sebagai tidak berperikemanusiaan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berharap resolusi yang diserahkan ketika Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu diambil tindakan sewajarnya.

“Kita tidak mahu resolusi hanya dijadikan sebagai sandaran untuk menghalalkan tindakan-tindakan secara agresif dilakukan oleh dua kuasa besar, dan saya minta PBB mesti mengambil beberapa langkah drastik untuk menentukan bahawa rakyat di Aleppo, Syria itu diutamakan.

“Jika berlaku pertelagahan daripada kedua-dua belah pihak yang menjadi mangsa adalah rakyat keseluruhannya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Imigresen 2016 di sini siang tadi.

Sementara itu, berita yang baharu dilaporkan oleh BBC menyatakan bahawa kerajaan Syria telah menangguhkan pemindahan orang awam dan pejuang militan dari wilayah timur Allepo dengan alasan pihak pemberontak telah melanggar syarat-syarat yang dipersetujui.

Sumber kerajaan Syria berkata puak pemberontak telah menyekat usaha pemindahan orang awam dari dua buah bandar pro-kerajaan, seperti mana dipersetujui sebelum ini.

Sementara itu, menurut sumber-sumber yang dipetik oleh BBC, bas-bas membawa pelarian dari Allepo turut diserang.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya 6,000 orang telah meninggalkan bandar tersebut sejak semalam, tetapi menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kira-kira 50,000 orang lagi masih terperangkap.

Tentera kerajaan Syria dengan dibantu oleh Rusia setakat ini telah menguasai kesemua daerah yang pernah dikuasai oleh pihak pemberontak di timur Allepo.

 

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda