
Laporan/Foto oleh : Robani Nabi Ahmad/Mohd Anizan Mat Daud
KOTA BHARU, 5 Jan (Malaysiaaktif) – Seramai 329 mangsa banjir daripada 82 buah keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan Sri Ketereh berpuas hati dengan tindakan pantas semua agensi kerajaan dalam mengurus, memindah dan menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir disini sejak Selasa lalu.
Seorang mangsa banjir, Fatiah Hassan, 45, berkata bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan sampai kepada mangsa banjir disini dengan segera.
“Saya amat berpuas hati dengan kelancaran pengurusan bencana yang dilaksanakan oleh semua agensi yang terlibat antaranya pihak bomba, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), dan lain-lain agensi,” katanya.
Seorang lagi mangsa banjir, Dollah Ahmad, 50, berterima kasih atas keperihatinan pihak kerajaan dalam memberi keselesaan kepada mangsa banjir terutama kemudahan tempat tinggal, selimut, bantal dan lain-lain keperluan termasuk makan dan minum.
“Agensi yang terlibat dalam pengurusan banjir tidak putus-putus menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir disini,” ujarnya kepada Malaysiaaktif.
-SH