Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangor

Barangan Kes Dadah RM2.1 Juta Dilupuskan Oleh JSJN

By 12 Januari 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

Laporan / Foto oleh Mohd Zaid Awang (Gombak)

SERENDAH, 12 Jan (Malaysiaaktif) – Barangan kes dadah seberat 545 kilogram dianggarkan bernilai RM2.1 juta dilupuskan dalam operasi pelupusan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Selangor di sebuah lokasi pelupusan di Sungai Choh.

Timbalan Ketua JSJN Kontinjen Selangor, Superintenden R.Sundralingam berkata, pelupusan barang kes dadah tersebut bagi tempoh 1997 hingga 2014 itu merupakan kes yang telah selesai perbicaraan membabitkan 3,053 kes.

WhatsApp Image 2017-01-12 at 12.16.02 PM

Sundralingam memasukkan barang ke dalam pembakar untuk dilupuskan.

 

“Barang kes dadah yang dilupuskan adalah jenis ganja, heroin, syabu, ketamin, morfin, pil ekstasi dan lain-lain dadah berbahaya yang tersenarai mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Akta Racun yang telah selesai perbicaraan dan dijatuhkan hukuman”, katanya dalam sidang media dekat sini.

Pelupusan barangan kes ini merupakan fasa pertama melibatkan 15 Ibu Pejabat Polis (IPD) seluruh negeri Selangor yang selesai melalui proses kes mahkamah, iaitu dijatuhkan hukuman atau selesai tempoh rayuan.

“Fasa kedua pelupusan barang kes dadah ini akan dilaksanakan pada bulan April tahun ini dan akan dilaksanakan oleh ahli jawatankuasa yang dilantik oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Abu Samah Mat dan telah mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar Selangor”, ujar R. Sundralingam lagi.

 

-MSM/AAS

Tinggalkan komen anda