Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahNegeri Sembilan

Mangsa Kebakaran Dapat Rumah Baru

By 23 Januari 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Ramasamy Amas (Jempol)

BAHAU, 23 Jan (Malaysiaaktif) – Usaha Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Tanah Panjis, di sini membina rumah baru secara bergotong-royong kepada dua mangsa kebakaran pada 21 Ogos lalu dipuji oleh Ahli Parlimen Jempol, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Bagi mangsa kebakaran, Liew Chan Hi, 62, dia tidak menyangka boleh mempunyai rumah lagi selepas insiden itu.

Chan Hi yang sebelum ini menumpang di rumah saudaranya, mengucapkan rasa syukurnya dengan bantuan yang diberikan.

Berkongsi pendapat yang sama, bapa tunggal kepada enam orang anak berusia 7-18 tahun, Lee Chong Sang, 60, meluahkan rasa gembiranya kerana berpeluang untuk merayakan Tahun Baru Cina di rumah baru.

Sementara itu, Mohd Isa memberitahu inilah yang dikatakan Pemimpin ‘Action Oriented’ yang bertindak untuk melakukan perkara yang boleh mensejahterakan rakyat dan bukannya sekadar bercakap besar atau mencari kesalahan orang lain.

Mohd Isa yang sebelum ini pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun, turut menyarankan masyarakat supaya meningkatkan taraf hidup mengikut perkembangan semasa.

Pada majlis yang sama, Mohd Isa mengucapkan terima kasihnya kepada Pasukan Bomba dan Penyelamat atas tindakan pantas mengawal api daripada terus merebak ke kawasan lain serta Jabatan Kebajikan Masyarakat Jempol yang menyediakan bantuan awal kepada mangsa kebakaran.

Turut hadir, Ketua Perhubungan MCA Negeri Sembilan Datuk Seri Dr King Lim Chin Fui.

– AH

Tinggalkan komen anda