Skip to main content
Berita TempatanPutrajayaWilayah Persekutuan

Semakin Ramai Anak Istimewa Mendaftar di Sekolah Pendidikan Khas Putrajaya

By 3 Januari 2017Tiada komen3 minit bacaan

 

Laporan dan Foto oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

PUTRAJAYA, 3 Jan (Malaysiaaktif) – Kemudahan kelas pertama yang ditawarkan di Sekolah Pendidikan Khas Putrajaya menyebabkan semakin ramai ibu bapa yang mendaftarkan anak-anak istimewa mereka bagi sesi persekolahan 2017.

“Perkhidmatan yang ada di sini yang dapat memuaskan hati mereka menyebabkan ibu bapa yang tinggal di Sepang, Dengkil dan Bangi tetapi bekerja di Putrajaya memilih untuk mendaftar kerana memudahkan urusan mereka.”

Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Roaini Jaafar berkata demikian ketika sidang media di SK Presint 9 (2) di sini pagi tadi.

Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Roaini Jaafar ketika membuat tinjauan dalam kelas Pendidikan Khas Tahun Satu

Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Roaini Jaafar ketika membuat tinjauan dalam kelas Pendidikan Khas Tahun Satu

 

Tambahnya, di Putrajaya terdapat empat buah kelas yang melibatkan peringkat Pra Sekolah dengan 31 orang manakala Sekolah Kebangsaan mempunyai 24 buah kelas dengan 283 orang sementara Sekolah Menengah Kebangsaan mempunyai 25 kelas dengan 209 orang murid.

Sementara itu, di SK Putrajaya Presint 9 (2) sendiri guru-guru yang dilantik adalah dalam kalangan mereka yang terlatih sesuai dengan pertambahan 15 orang murid pada sesi persekolahan tahun ini.

Bagi Guru Pendidikan Khas, Wan Nurul Wazni Marzuki pada tahun ini, ramai murid yang mendaftar bagi kategori yang lembam.

Guru Pendidikan Khas, Wan Nurul Wazni Marzuki menyatakan terdapat dua kelas terapi yang ada di SK Presint 9 (2)

Guru Pendidikan Khas, Wan Nurul Wazni Marzuki menyatakan terdapat dua kelas terapi yang ada di SK Presint 9 (2)

 

“Guru di sini perlu main perlu merancang aktiviti khas seperti banyakkan terapi seperti renang, berkuda, memanah, yang kita ikut takwim. Jadi dari situ kita tengok potensi murid.

“Mereka ini cepat bosan. Jadi kita ajar mereka urus diri urus diri terlebih dahulu kerana masih juga ada yang masih menggunakan lampin pakai buang. Bagi yang hiperaktif, kita cuba atasi masah itu dahulu sebelum memulakan aspek akademik.

Nurul yang sudah tujuh tahun bergelar guru Pendidikan Khas itu juga menganggap bilik terapi yang ada di sekolah tersebut amat membantu.

“Sekolah ni ada dua bilik terapi untuk merangsang minda. Bilik terapi pertama yang bermain dengan cahaya, lebih sesuaikepada murid autisme, down syndrome, hiperaktif jadi bila ada bilik ini murid rasa tenang. Dengan suasana yang sejuk dengan cahaya yang ada. IQ mereka lebih bergerak.

“Satu lagi bilik terapi ada alatan untuk menguatkan motor murid. Contoh, ada lompatan, imbangan. Selain aktiviti luar seperti berenang, kita ada juga aktiviti dalam kelas di bilik terapi ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ng Kheng Ban yang merupakan bapa kepada anak istimewa autisme Ng Khai An, Darjah Satu, anaknya yang mula bersekolah di situ sejak Prasekolah menunjukkan banyak perubahan positif.

Ng Kheng Ban bapa kepada anak istimewa autisme Ng Khai An, Tahun Satu

Ng Kheng Ban bapa kepada anak istimewa autisme Ng Khai An, Tahun Satu

 

“Kelebihan anak saya yang belajar di sini ketika Prasekolah di sini, jadi cikgu di sini sangat membantu, Banyak juga aktiviti keluar melawat ke Kidzania, Alamanda dan Wall Climbing.

Murid-murid macam ni jika bawa keluar dia cepat panik. Apabila keluar, memang banyak membantu untuk mereka membiasakan diri dengan dunia luar,” ujar Pegawai Pendidikan Kesihatan dari Kajang itu lagi.

 

SF

Tinggalkan komen anda