Skip to main content
Berita TempatanSabah

Matahari Paling Hampir Dengan Bumi Esok – Zambri

By 3 Januari 2017Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh: Asmidar Zainol / Foto: Time and Date (Sabah)

KOTA KINABALU, 3 Jan (Malaysiaktif) – Esok sudah pasti para penggemar Astronomi di negara ini tidak akan melepaskan peluang untuk mengkaji dan melihat sendiri kedudukan matahari yang hampir dengan bumi.

Matahari dikatakan akan berada di titik paling hampir dengan Bumi atau mengalami fenomena Perihelion esok.

Menurut Profesor Pelawat Program Astronomi Islam, Universiti Malaya, Datuk Profesor Dr Mohd Zambri Zainuddin, fenomena tersebut merujuk kepada kedudukan Matahari yang berada paling hampir dengan Bumi.

2. Profesor Pelawat Program Astronomi Islam, Universiti Malaya, Dato’ Profesor Dr Mohd Zambri Zainuddin.

Profesor Pelawat Program Astronomi Islam, Universiti Malaya, Dato’ Profesor Dr Mohd Zambri Zainuddin.

“Semasa fenomena berlaku, matahari akan berada pada jarak 147,100,998 kilometer (km) dari Bumi berbanding pada kebiasaannya iaitu pada jarak 149,600,000 km.

“Fenomena perihelion berlaku apabila bumi melengkapkan putaran 365 hari mengelilingi orbitnya yang berbentuk elips (bujur).

“Memandangkan jarak matahari yang dekat dengan bumi, mungkin akan menyebabkan suhu cuaca sedikit tinggi daripada kebiasaannya, walaupun begitu tidak menyebabkan kepanasan yang melampau (heatwave).

“Perbezaan saiz matahari juga dapat dilihat tetapi tidak begitu ketara dan kita di Malaysia tidak dapat melihat fenomena ini kerana berlaku pada 10.18 malam,” jelasnya ketika dihubungi oleh Malaysiaaktif pada Jumaat.

Tambah Zambri, semasa fenomena ini berlaku, para saintis di seluruh dunia akan mengambil peluang untuk mengukur radiasi matahari dan direkodkan.

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak berasa cemas berkenaan fenomena tersebut kerana merupakan fenomena biasa yang berlaku pada setiap tahun.

Selain berada paling dekat dengan bumi, matahari juga akan berada pada jarak paling jauh dengan planet ini pada 4 Julai nanti dan dikenali dengan nama fenomena Aphelion.

SF

Tinggalkan komen anda