Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

18 Ketua Masyarakat Terima ‘Air Siren’

By 11 Februari 2017Tiada komen2 minit bacaan

 Oleh: Mohd Baharruddin Mohamad/Foto: Jaed Tepus

LUNDU, 11 Feb (Malaysiaaktif)- Maklumat dan panduan tentang pengurusan bencana adalah sangat penting sebagai persiapan dan pendedahan kepada setiap komuniti tentang kemungkinan berlakunya bencana kelak.

Bagi Penghulu Kampung Raso 11, Jinep Jiheng, 55, pula Ketua Masyarakat perlu tahu tentang komponen bencana  ini agar setiap tugasan menjadi lebih efektif.

“Apabila kita sudah menerima watikah, maka Ketua Masyarakat mesti  berperanan untuk mengetahui serba-sedikit untuk melaksanakan tugasan berdepan dengan bencana secara efektif dan berkesan.

“Tugas Ketua Masyarakat adalah untuk menjadi penggerak kepada pasukan kecemasan di kawasan masing-masing. Kita juga mengetuai pasukan penyelamat komuniti dan pada masa yang sama kita juga menjadi penghubung antara agensi-agensi kerajaan dengan komuniti,” ujarnya lagi.

Menurut Pengarah Pertahanan Awam Negeri Sarawak,Kolonel (Pertahanan Awam) Moktar Samat persediaan menghadapi sewaktu krisis dan bencana hendaklah berkualiti supaya usaha pencegahan dan tindak balas pengurusan risiko bencana benar-benar berkesan.

Ketua Masyarakat yang mengikuti seminar Pengurusan Bencana agi tadi

Ketua Masyarakat yang mengikuti seminar Pengurusan Bencana agi tadi

“Dengan adanya pengalaman, kerjasama dan bantuan daripada agensi-agensi berkaitan pengurusan bencana, pemimpin masyarakat dan seluruh anggota komuniti, inisiatif yang dibuat seperti pada hari ini diharap dapat membantu dan dijadikan satu agenda yang berterusan.

“Ketua Masyarakat perlu melahirkan komuniti yang peka terhadap bencana dan mengurangkan risiko kehilangan nyawa dan harta benda.

“Nanti kita akan memastikan jawatankuasa pengurusan bencana daerah tersusun rapi agar telah bersiap sedia pada bila-bila masa jika bencana berlaku,” ujarnya semasa ditemui Malaysiaktif di di Dewan Chung Hua, Lundu pagi tadi.

Sementara itu, bagi Pemanca (Penghulu), Layang Engot dari Kampung Kangka, Lunduberkata bengkel ini untuk menggalakkan lebih ramai masyarakat dalam komuniti untuk terlibat sebagai sukarelawan APM.

“Selain menggalakkan orang ramai terlibat menjadi sukarelawan, ini dapat mengurangkan penglibatan mereka dalam gejala tidak sihat sekali gus dapat merapatkan hubungan antara APM dengan komuniti setempat,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, bagi Penghulu, Kho Feh Boo @ Kho Jit Boo dari  Jalan Skambal, Pekan Lundu pula bengkel seperti ini dilaksanakan  agar memupuk kesedaran kepada komuniti dan orang awam serta memberi manfaat kepada Ketua Kaum untuk lebih peka terhadap bencana.

Menteri Sumber Asli dan Alam sekitar, Datuk Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyempurnakan Majlis Penutup dan Acara Penyerahan ‘Air Siren’, pembesar suara, sijil, watikah dan pakaian seragam kepada seramai 18 orang Ketua Masyarakat dari Daerah Lundu.

-SF

Tinggalkan komen anda