Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Hujan Lebat Tak Halang 80% Keluar Undi Awal

By 12 Februari 2017Februari 14th, 2017Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Laporan / foto oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

LUNDU, 12 Feb (Malaysiaaktif) – Keadaan hujan lebat sejak pagi tadi tidak menjejaskan proses undian awal dalam kalangan pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu.

Menurut Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR) setelah empat jam berlalu, sebanyak 80% anggota polis dan tentera yang telah keluar mengundi di Dewan Masyarakat, Kampung Sungai Lundu dan Dewan ULS Sampadi.

Hujan membasahi Dewan Masyarakat, Kampung Sungai Lundu

Hujan membasahi Dewan Masyarakat, Kampung Sungai Lundu

Sementara itu, Penyelia Komandan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Rosidi Yusuf, 56 dari Kedah yang telah berkhidmat selama 37 tahun di Lundu, setiap anggota dibenarkan melaksanakan tugasan mengundi dan meneruskan tugasan masing-masing.

“Walaupun kaunter dibuka pada 8.00 pagi tadi, saya telah turun pada 6.00 pagi dan memang kami dibenarkan untuk melaksanakan tugasan mengundi sehingga 5.00 petang ini.

“Hujan lebat tidak mengganggu oleh sebab polis hanya dalam 101 orang. Kempen setakat ini berlangsung dalam keadaan aman,” ujarnya yang ditemui di Dewan Masyarakat Kamung Sungai Lundu setelah selesai mengundi.

Rosidi Yusuf

Rosidi Yusuf

Rosidi yang tinggal di Kg Sungai Cina turut menyatakan Lundu kini jauh lebih maju berbanding sebelum ini.

“Banyak beza dari dulu dengan sekarang sejak arwah Tok Nan memimpin. Apa yang arwah buat, isterinya calon Barisan Nasional (BN) Puan Sri Jamilah teruskan sampai sekarang.

“Banyak yang dilakukan kepada penduduk kampung dari segi pembangunan, bantuan kepada orang miskin dan kebajikan surau serta masjid,” ujarnya lagi.

 

Dalam pada itu, petugas Am Pejabat Pertanyaan PDRM, Jaquarry Mut William Nyaring, 38, dari Kampung Sileng Dayak, menjelaskan tugas mengundi ini berjalan dengan sempurna dan pantas.

Jaquarry Mut William Nyaring

Jaquarry Mut William Nyaring

“Dalam masa lima minit saya selesai mengundi. Saya singgah sebentar di sini kerana saya perlu bertugas, di Sampadi untuk tugasan khas Ketua Menteri.

“Saya tidak mengenali dua calon lagi. Yang pasti calon BN, pergaulannya dengan masyarakat memang bagus. Beliau juga ialah Peneraju PDK (Pemulihan Dalam Komuniti) Pakma Gading.  Beliau amat menyayangi anak-anak istimewa,” ujarnya lagi.

Sebanyak 188 pemilih awal yang melibatkan polis dan tentera dijangka keluar mengundi di kedua-dua pusat mengundi yang akan ditutup pada 5.00 petang ini.

-SF

Tinggalkan komen anda