Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Infrastuktur Asas Akan Terus Diberi Perhatian – Abang Jo

By 12 Februari 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

Laporan oleh Mohamad Borhan Ahmad Ulis / Foto: Cassidy Lisut

LUNDU, 12 Feb (Malaysiaaktif) – Penyediaan kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik amat penting dalam usaha untuk membangunkan sesebuah kawasan.

Perkara ini ditegaskan oleh Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg semasa mengadakan sidang media sejurus selepas Program Pemimpin Bersama Komuniti yang berlangsung di Kampung Sampadi, petang tadi.

“Pelan induk untuk menjadikan kawasan Tanjong Datu sebagai pusat pelancongan menjelang tahun 2020 tidak akan berjaya sekiranya kawasan tersebut masih belum mempunyai kemudahan asas seperti yang saya nyatakan tadi.”

“Pembinaan jambatan merentasi sungai Rambungan dari Sampadi juga pasti akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi masyarakat setempat. Kita juga berterima kasih kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia atas usaha untuk meningkatkan jaringan internet di kawasan tersebut,” jelas Abang Jo.

Menurutnya lagi, dengan kapasiti internet yang luas, masyarakat luar bandar tidak akan ketinggalan dalam arus pembangunan dan bakal melahirkan banyak lagi usahawan dalam talian.

 

-MSM/AAS

Tinggalkan komen anda