Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHomeViral

Peniaga Pasar Lundu Rancang Buang Undi Petang

By 18 Februari 2017Tiada komen2 minit bacaan
Chin Sje Paiew dan Chew Tze Ping memilih untuk mengundi sebelah petang.

 

Laporan oleh Syed Fauzi Syd Mostapa / Foto: Zarel Azreqh Zainal Aznam

LUNDU, 18 Feb (Malaysiaaktif) – Kemeriahan hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil Tanjong Datu turut diserikan dengan kepelbagaian jenis sayur-sayuran, buah-buahan dan barangan basah yang terdapat di Pasar Tamu, di sini.

Tinjauan Malaysia aktif di sini mendapati peniaga masih sibuk menguruskan perniagaan masing-masing memandangkan hari ini juga merupakan hujung minggu yang semestinya pasar menjadi tempat tumpuan ramai.

Bagi pasangan suami dan isteri, Chin Sje Paiew dan Chew Tze Ping masing-masing 39, dari Kampung Bagak, kesibukan mereka berniaga menyebabkan mereka memilih untuk mengundi pada sebelah petang.

“Sejak 6.00 pagi kami telah membuat persiapan untuk berniaga. Saya,  isteri, bapa dan adik akan membuang undi pada 2.00 petang nanti setelah selesai berniaga.

“Kami akan cuba selesaikan semua yang penting di pasar dahulu kemudian baru keluar membuang undi di SJK Chung Hua, Lundu. Kami tahu setiap undi penting demi kemajuan Lundu,” ujarnya lagi.

c80b7b70-23b5-4393-a60f-12974588645d

Peniaga kuih-muih tradisional, Norlia Baharuddin.

Bagi seorang peniaga kuih-muih tradisional, Norlia Baharuddin, 53, Kampung Seketi dia juga akan ke SJK Chung Hwa pada petang ini.

“Tanggungjawab sebagai rakyat memang untuk keluar mengundi. Lagipun saya berpuas hati dengan kemajuan Lundu hari ini yang ada perumahan yang baik dan pasar yang baik,” katanya yang telah meniaga sejak 20 tahun dahulu.

cba67574-a413-4bde-8186-dad618f50d8a

Kais Hin yang telah membuat persiapan sejak pukul 5.00 pagi.

Bagi peniaga sayur-sayuran yang merupakan kaum Iban Cina, Kais Hin dari Kampung Bagak, 58, pula dia sibuk menyediakan keperluan barangannya sejak 5.00 pagi untuk pengunjung pasar yang dijangka ramai bersempena PRK kali ini.

“Oleh sebab PRK, saya tambah stok sayur-sayuran yang ada. Sejak pagi memang ramai yang datang bukan sahaja penduduk tempatan bahkan orang Semenanjung.

“Tengah hari ini apabila keadaan pasar sedikit reda saya akan ke SJK Chung Hwa untuk buang undi,” katanya yang telah lapan tahun berniaga di situ.

d2d944b5-7df9-46e4-bb40-3fc8b7691869

Chng Lay Shieng bergilir-gilir dengan suaminya untuk mengundi.

Peniaga kedai runcit, Chng Lay Shieng, 50 yang berasal dari Pulau Pinang dan berkahwin dengan orang tempatan akan mengundi pada sebelah petang setelah suaminya selesai mengundi.

“Saya akan bergilir-gilir dengan suami untuk mengundi pada hari ini. Kedai runcit kami perlu dijaga.

“Sejak dahulu saya nampak kemajuan di Lundu. Tok Nan seorang yang sangat sayang orang, dia juga orang Sarawak.

“Paling penting saya nak tengok Lundu maju, orang banyak kerja. Kalau bidang pelancongan meningkat memang untung, semakin ramai orang akan turun ke Lundu,” katanya yang akan membuang undi di SJK Chung Hua, Lundu.

SJK Chung Hua Lundu merupakan salah sebuah pusat mengundi bagi daripada 16 pusat mengundi Pilihan Raya Kecil N.03 Tanjong Datu yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

 

-SF/AAS

Tinggalkan komen anda