Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahNegeri Sembilan

Ubah Gaya Hidup Hindari Diabetes

By 20 Februari 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh: Hamidah Md Drus (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 20 Feb (Malaysiaaktif) – Hampir tiga juta rakyat Malaysia dan 13.5 peratus golongan muda menghidapi penyakit diabetes.

Memandang serius hal ini, penuntut Graduate School of Business (GSB) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, mengambil inisiatif menganjurkan Program Karnival Bebas Diabetes, di sini semalam.

Seorang peserta program yang ditemui wartawan Malaysiaaktif, Liang Sang berkata, dia sering melakukan pemeriksaan kesihatan dan menghadiri program seperti ini.

Walaupun usianya telah menjangkau 80 tahun, Liang yang masih sihat dan bertenaga berpesan supaya sentiasa bersenam dan menjaga pemakanan.

Turut berkongsi pendapat yang sama, Suzana Muhamad sering mencuri masa untuk bersenam bagi mengekalkan kesihatan.

Suzana yang membawa anaknya menyertai pertandingan mewarna di sini turut mengambil peluang untuk membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma.

20170219_094230

Dekan GSB UKM, Profesor Madya Dr Zaher Zain memberitahu, secara amnya penyakit diabetes adalah berpunca dari kandungan gula yang tinggi dalam darah.

Katanya, pengambilan gula yang berlebihan dan tidak ditukarkan dalam bentuk tenaga menyebabkan badan kekurangan hormon yang dipanggil insulin.

Tambah Zaher Zain, pengambilan gula perlu dikawal disamping melakukan aktiviti senaman secara berterusan kerana mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

Menurut Pegawai Daerah Kuala Pilah, Syarulnizam Saleh, gaya hidup perlu diubah bagi mengelak daripada dihinggapi penyakit diabetes.

“ Tidak ramai yang memikirkan tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan. Pemakanan yang tidak dijaga serta dan gaya hidup yang tidak sihat menyebabkan angka penghidap penyakit diabetes semakin meningkat di negara ini,” katanya.

20170219_093157

Karnival yang dihadiri oleh 200 orang awam ini turut dimeriahkan dengan acara senamrobik, demo masakan Chef Celebriti bersama Jaafar On dan persembahan artis.

– AH

Tinggalkan komen anda