Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangor

‘Veggie Factory’ Hasil Tanaman Berkualiti Skala Besar

By 1 April 2017April 2nd, 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan / foto oleh : Mohd Hizami Bin Mohd Hanip (Gombak)

GOMBAK, 1 April (Malaysiaaktif) – “Veggie Factory adalah satu inisiatif yang diinovasikan oleh Jabatan Pertanian Negeri Selangor untuk teknologi tanaman sayuran secara tertutup yang mampu menyelesaikan isu kekurangan tanah untuk kawasan pertanian berskala besar.”

Demikian ujar Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Selangor, Idrus Ab Hamid ketika Majlis Pelancaran ‘Veggie Factory’ Jabatan Pertanian 2017 bertempat di Pejabat Pertanian Daerah Gombak dan Petaling.

“Di Selangor, salah satu halangan utama adalah faktor keluasan pertanian yang terhad terutamanya untuk sayuran yang hanya mencapai 40 ribu tan metrik. Jumlah pengeluaran tersebut cuma mencapai sekitar lapan peratus dengan populasi melebihi 5 juta orang,” katanya.

WhatsApp Image 2017-03-31 at 6.41.19 PM

Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Selangor, Idrus Ab Hamid membuat demonstrasi tuaian sayuran ‘Veggie Factory’

Inovasi ini adalah contoh teknologi yang mengguna pakai sistem pencahayaan Diod Pemancar Cahaya (LED) sebagai media fotosintesis serta mampu mempercepatkan tempoh tuaian sayuran. Hasilnya ia akan dapat menghasilkan tanaman yang berkualiti, segar dan selamat dimakan.

“Konsep penanaman Veggie Factory yang diadakan secara ‘Indoor Planting’ di Pusat Pertanian Gombak dan Pusat Pembangunan Komuniti Serdang dapat mencegah serangan penyakit dan perosak tanaman sekaligus meningkatkan jaminan keselamatan makanan.

WhatsApp Image 2017-03-31 at 6.41.13 PM

Produk sayuran ‘Veggie Factory’ lebih segar dan selamat dimakan – Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Selangor, Idrus Ab Hamid

“Teknologi ini juga tidak menggunakan racun kimia yang selalu digunakan untuk menghindarkan serangga perosak. Sepertimana kita semua tahu racun kimia merupakan salah satu faktor utama penyakit barah,” tegasnya.

Menurut Idrus lagi, selain itu, cuaca di Malaysia yang sering berubah seperti kemarau, hujan, banjir, jerebu dan pencemaran udara telah menyebabkan penurunan pengeluaran sayuran secara konvesional.

Jabatan Pertanian berharap ianya akan dapat membantu melahirkan lebih ramai usahawan pertanian Selangor yang mengaplikasikan teknologi  ‘Veggie Factory’.

-MSM

Tinggalkan komen anda