Skip to main content
Berita TempatanSabah

Jangan Terpengaruh Dengan Dakyah Bawa Sabah Keluar BN – Zahid

By 24 Julai 2017Tiada komen2 minit bacaan

Oleh: Mohammad Abdul Rahman & Johnny George Kimlon (Sabah)

BONGAWAN, SABAH, 24 Julai (Malaysiaktif) – Rakyat Sabah diseru agar jangan terpengaruh dengan orang-orang yang mahu mengeluarkan Sabah daripada parti UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengambil contoh situasi ‘Britain Exit’(Brexit) di Britain, yang kini ramai rakyatnya kesal menyokong gerakan untuk keluar daripada Kesatuan Eropah.

“Lihatlah apa yang berlaku di England. Mereka percaya ekonomi mereka kukuh dan kuat dengan menjadi negara tunggal, namun tidak semudah itu. akhirnya mereka rugi dan menyesal dengan tindakan mereka.

“Ini akan berlaku kepada Sabah jika terkeluar dari ‘water reservoir’ Putrajaya kerana akhirnya bukan pemimpin tetapi rakyat menerima akibat tidak baik.

3. Zahid (tengah) bersama Musa (kanan) Anifah (Kiri) Rahim (dua kanan) Isnin (dua kiri) Azizah dan Rosnah ( tiga kanan).

Zahid (tengah) bersama Musa (kanan) Anifah (Kiri) Rahim (dua kanan) Isnin (dua kiri) Azizah dan Rosnah ( tiga kanan).

Zahid berkata demikian ketika merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Zon 3, Papar, Kimanis dan Beaufort di Dewan Seri Bongawan, SMK Bongawan pada Sabtu.

Zahid selaku Naib Presiden merangkap pemangku Timbalan Presiden UMNO Pusat turut menyatakan lebih 70 peratus rakyat Sabah mahu kesinambungan pembangunan dibawa oleh kerajaan diteruskan.

Jelasnya, dalam kajian yang dijalankan oleh sebuah universiti, menunjukkan 76 peratus rakyat Sabah mahu Kerajaan meneruskan kesinambungan pembangunan dan 71.2 peratus menganggap Kerajaan berjaya membuat transformasi di Sabah.

“Negeri di Bawah Bayu ini mempunyai potensi besar. Saya yakin kerajaan perlu mengusahakan cita-cita rakyat dan responden dalam kajian itu untuk diterjemahkan kebenarannya.

Zahid (tengah) cuba memainkan gambus, cenderakenangan disaksikan Musa (Kiri) dan Anifah (kanan)

Zahid (tengah) cuba memainkan gambus, cenderakenangan disaksikan Musa (Kiri) dan Anifah (kanan)

Selain itu, Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut memberikan jaminan akan terus mempertahankan keselamatan rakyat Sabah daripada anasir luar dan dalam.

“Saya mewakili Kerajaan Malaysia akan memperkukuhkan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), mempertingkatkan aset-aset yang ada dan melakukan kekerapan dan tambahan kawalan di dalamnya, bukan sekadar mewujudkannya.

“Kita tidak mahu unsur-unsur luar dan dalam mengganggu Sabah. Kita tidak mahu peristiwa di Lahad Datu berulang kembali”, Katanya lagi.

Zahid turut mengumumkan peruntukkan RM1 juta bagi setiap bahagian UMNO Zon 3 serta bantuan pendingin hawa untuk Dewan Seri Bongawan bagi kemudahan rakyat setempat.

Lebih 8000 ribu hadir ke Majlis Perasmian Persidangan UMNO Bahagian Zon 3 melibatkan Bahagian UMNO Papar, Kimanis dan Beaufort.

Terdahulu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata semua ahli UMNO perlu terus bersatu dan berkhidmat untuk mengekalkan kestabilan pentadbiran kerajaan.

“Apabila kita bersatu kita kuat dan kita mampu peroleh kemenangan besar pada pilihan raya akan datang. Ini ialah asas dan tunjang kekuatan kita, bukan setakat slogan dan kata-kata,” ujar Musa ketika berucap di Persidangan tersebut.

Seramai 500,061 ribu Ahli UMNO Sabah yang berdaftar manakala 48 daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dimenangi oleh Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum lepas.

-SF

Tinggalkan komen anda