Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajayaSelangorWilayah Persekutuan

Kanak-kanak Autisme Juga Boleh Jalani Kehidupan Normal

By 25 Julai 2017Tiada komen5 minit bacaan
Antara gelagat kanak-kanak austisme di NASOM Teluk Pulai.

 

 Laporan dan foto oleh: Diyana Zamri (Putrajaya) & Norieza Abd Ghafar (Klang)

KLANG, 25 Jul (Malaysiaaktif) – “Tolong terima mereka sebagai kanak-kanak dahulu kemudian barulah terima masalah mereka. Selepas itu, bimbing dan pimpinlah mereka ke arah menjalani kehidupan yang normal.”

Koordinator Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) Teluk Pulai, Rageshwary Kuruppiah berkata demikian kepada Malaysiaaktif ketika ditemui di program Grafiti Negaraku Media Massa Bersama Kanak-kanak Autisme yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah Penerangan Malaysia, Datuk Ibrahim Abdul Rahman, di sini, tadi.

Autisme merupakan satu kecacatan perkembangan rumit yang selalunya muncul dalam umur tiga tahun pertama disebabkan oleh gangguan neurologi yang menjejaskan fungsi otak.

Koordinator NASOM Teluk Pulai, Rageshwary Kuruppiah berpengalaman selama 20 tahun menguruskan kanak-kanak autisme.

Koordinator NASOM Teluk Pulai, Rageshwary Kuruppiah berpengalaman selama 20 tahun menguruskan kanak-kanak autisme.

Jelas Rageshwary, setiap kanak-kanak mempunyai autisme yang berlainan. Ada murid yang tidak bercakap, ada yang bercakap, dan ada juga murid yang tidak suka disentuh.

“Kalau dilihat tadi, dalam satu meja ada lima orang murid tetapi mereka tidak berkomunikasi antara satu sama lain, berbeza pula sekiranya kita letak kanak-kanak normal di satu meja, pasti mereka akan bergaul sesama sendiri.

“Antara masalah utama mereka yang autistik ini ialah pandangan mata (eye contact), komunikasi dan kelakuan. Kebanyakan murid menunjukkan tingkah laku yang luar biasa kerana mereka tidak dapat berkomunikasi dengan baik jadi mereka menzahirkan melalui tingkah laku.

Antara gelagat kanak-kanak autisme di program Grafiti Negaraku.  Foto: Nur Jumi Khuzaimah

Antara gelagat kanak-kanak autisme di program Grafiti Negaraku.
Foto: Nur Jumi Khuzaimah

“Jika dilihat sendiri kelakuan kanak-kanak ini tadi, mereka tidak boleh terima bunyi yang bising, orang ramai, jadi, kami akan selalu mengajar bagaimana mengatasi masalah ini semua,” ujarnya.

Di NASOM Teluk Pulai, mereka menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk menangani pelbagai spektrum autisme termasuk Program Intervensi Awal (EIP), Program Peralihan, Program Pembentukan Kemahiran, Program Perdana, Program Intervensi Intensif (IIP) dan Program Pra-vokasional.

“Kami juga ada kes autisme yang teruk, mereka ini diajar kemahiran pra vokasional seperti jahitan yang mudah, kerja-kerja pejabat yang senang serta untuk berdikari sendiri yang bersesuaian dengan mereka.

Antara kerja kemahiran yang diajar kepada anak-anak autisme di NASOM Teluk Pulai termasuklah jahitan dan alas lapik kaki. Foto: Hazlina Hj Tajuddin

Antara kerja kemahiran yang diajar kepada anak-anak autisme di NASOM Teluk Pulai termasuklah jahitan dan alas lapik kaki.
Foto: Hazlina Hj Tajuddin

“Sebagai contoh, jahitan. Tidak semua boleh menjahit. Dalam satu kelas, jika ada sepuluh murid, mungkin tiga sahaja yang pandai menjahit. Ada yang pandai menggunting kain dan ada pula yang pandai mengukur sahaja jadi di situ kami akan membahagikan mereka mengikut kebolehan masing-masing. Apa yang mereka boleh, kami akan ajar.

“Untuk yang langsung tidak pandai buat apa-apa, kita sekarang menjalankan program mengajar mereka tanam pokok bunga, siram pokok dan sebagainya.

Selain itu, terdapat juga ada banyak kisah kejayaan kanak-kanak istimewa ini yang berjaya lulus UPSR, ada yang kini sedang belajar di Tingkatan Satu dan Dua serta ada juga yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kanak-kanak autisme NASOM Teluk Pulai membuat persembahan di program Grafiti Negaraku.<br /> Foto: Hazlina Hj Tajuddin

Kanak-kanak autisme NASOM Teluk Pulai membuat persembahan di program Grafiti Negaraku.

Foto: Hazlina Hj Tajuddin

“Ini tidak bermakna semua kanak-kanak autisme boleh jadi sama begitu tetapi bagi mereka yang ada autisme sederhana, dengan didikan yang betul dan berterusan, mereka juga boleh berjaya dan menyesuaikan diri dengan masyarakat.

“Itulah objektif kami di NASOM iaitu untuk membolehkan kanak-kanak autisme ini menjalani kehidupan yang normal. Walaupun mereka tidak boleh baik sepenuhnya tetapi sekurang-kurangnya mereka boleh bergaul dengan masyarakat,” ujarnya.

Tambahnya, pada masa kini, sudah terdapat ramai ibubapa yang berpelajaran tinggi. Ditambah pula dengan bantuan Internet dan surat khabar, ibubapa sekarang boleh dapat maklumat dengan pantas dan bawa anak mereka berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian segera.

Presiden NASOM, Datuk Megat Ahmad Shahrani Megat Shahruddin.

Presiden NASOM, Datuk Megat Ahmad Shahrani Megat Shahruddin. Foto: Hazlina Hj Tajuddin.

“Jika dibandingkan dengan ibubapa zaman dahulu, memang berbeza. Dipengaruhi dengan didikan ibubapa mereka sendiri yang mengatakan mereka tidak perlu risau kerana anak mereka akan bercakap sebelum umur enam tahun. Pemikiran ini yang melambatkan pengesahan serta perkembangan anak-anak autistik,” jelasnya lagi.

Manakala, Presiden Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM), Datuk Megat Ahmad Shahrani Megat Shahruddin berkata masyarakat hari ini lebih sensitif dan prihatin terhadap golongan kanak-kanak istimewa ini tidak terkecuali kepada kanak-kanak autisme.

“Berbanding 20 tahun dahulu, masyarakat masih lagi tiada kesedaran dan kefahaman mengenai masalah autisme dan sering dicemuh serta dipandang serong,” ujarnya yang mempunyai seorang anak autistik yang kini berumur 24 tahun.

Anak-anak Megat Ahmad Shahrani, Puteri (kiri) dan Megat (kanan) yang merupakan seorang autistik.

Anak-anak Megat Ahmad Shahrani, Puteri (kiri) dan Megat (kanan) yang merupakan seorang autistik. Foto: Hazlina Hj Tajuddin

Jelasnya, setelah bekerjasama bersama-sama agensi kerajaan dan swasta memberi informasi berkaitan autisme, hari ini, masyarakat lebih sensitif dan prihatin terhadap golongan tersebut namun usaha bagi mendekati kanak-kanak autisme ini perlu diperhebatkan lagi.

Sementara itu, pelukis animasi siri TV ‘Ummi’, Mohd Syakir Iman Johan yang turut menyertai program tersebut turut menyokong cadangan Megat Ahmad Shahrani.

“Saya perasan di Malaysia ini masih ramai yang belum sedar tentang autisme dan macam mana untuk menanganinya. Jadi, saya rasa kita perlu melakukan lebih banyak aktiviti untuk meningkatkan kesedaran tentang autisme ini.

Pelukis animasi siri TV Ummi, Mohd Syakir Iman yang juga merupakan anak kepada penyanyi Nora dan arwah komposer terkenal, Johan Nawawi.

Pelukis animasi siri TV Ummi, Mohd Syakir Iman yang juga merupakan anak kepada penyanyi Nora dan arwah komposer terkenal, Johan Nawawi.

“Saya rasa NASOM kini sedang membuat kerja yang sangat bagus dalam membuat program ini bersama Jabatan Penerangan Malaysia dan juga media massa.

“Cuma, kita tidak boleh hanya setakat di sini sahaja, kita perlu berterusan ‘menyerang’ masyarakat dengan pelbagai maklumat tentang autisme untuk meningkatkan lagi kesedaran mereka berkenaan autisme dan bagaimana untuk menanganinya sekiranya berada dalam situasi bersama kanak-kanak autisme,” kata Mohd Syakir Iman.

Tambahnya lagi, syarikat produksinya, Hud Hud Media yang membuat siri animasi Islamik kini turut mempunyai perancangan berkenaan hal ini.

Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman (tiga dari kiri) dan Datuk Megat Ahmad Shahrani bersama anak-anak autisme dan para pengamal media di grafiti Negaraku.

Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman (tiga dari kiri) dan Datuk Megat Ahmad Shahrani bersama anak-anak autisme dan para pengamal media di grafiti Negaraku.

“Insya-Allah, kami di Hud Hud Media memang ada perancangan untuk buat konten untuk meningkatkan kesedaran tentang bukan sahaja autisme tetapi juga masalah-masalah lain seperti Orang Kelainan Upaya (OKU),” jelasnya yang memahami cabaran menangani kanak-kanak autistik kerana turut mempunyai ahli keluarga yang autistik.

Program Grafiti Negaraku Media Massa ini memasuki tahun ketiga penganjurannya oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) dan merupakan kali kedua berkerjasama dengan NASOM yang melibatkan kira-kira 200 orang peserta termasuk kanak-kanak autisme berusia antara tiga hingga 18 tahun, pengamal media dan anggota JaPen.

IMG_2950

Tinggalkan komen anda