Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePulau PinangPutrajayaWilayah Persekutuan

Erti Kemerdekaan, Bukan Sekadar Kibarkan Jalur Gemilang

By 23 Ogos 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan oleh: Diyana Zamri / Foto: Irwan Shah (Putrajaya)

JURU, 23 Ogos (Malaysiaaktif) – “Ingatlah, bukan sekadar kita kibarkan bendera dan berhimpun pada malam ini, kita nak gambarkan rasa cinta kita kepada negara, yang lebih penting, kita kena memahami dan menghayati apa itu kemerdekaan sebenarnya.”

Demikian kata ADUN Kawasan Sungai Acheh, Datuk Mahmud Zakaria ketika Majlis Perasmian Konvoi Kembara Merdeka Negaraku (KMN) 2017 di Rehat dan Rawat (R&R) Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, malam semalam.

Tambahnya, selepas menghayati erti kemerdekaan, barulah kita dapat mengisi kemerdekaan itu dengan penuh bererti dan bersemangat serta bermanfaat.

ADUN Kawasan Sungai Acheh, Datuk Mahmud Zakaria

ADUN Kawasan Sungai Acheh, Datuk Mahmud Zakaria

“Kehadiran pada malam ini sebagai satu terjemahan kepada semangat patriotik kita. Anak Malaysia yang bersama-sama berhimpun pada malam ini untuk sama-sama kita menyatakan kita sayang kepada negara kita, Malaysia.

“Kita nak sambut merdeka. Kita nak bagitahu kepada negara luar, bahawa kami jangan diusik oleh mana-mana pihak. Kami masih sayang kepada Malaysia, negara tercinta. Tiada negara lain untuk kita, dalam kepelbagaian kaum, kita dapat hidup aman dan damai penuh makmur,” ujarnya penuh semangat.

Mahmud turut berharap agar program ini akan dapat diteruskan lagi di masa hadapan.

Ketua Konvoi, Ariah Judah

Ketua Konvoi, Ariah Judah

Dalam pada itu, Ketua Konvoi KMN 2017, Ariah Judah turut berharap rakyat Malaysia dapat memberi kerjasama yang proaktif untuk mengibarkan dan menjayakan kempen Jalur Gemilang pada tahun ini.

“Kita tidak ada tanah air lain lagi selain daripada Malaysia ini. Kita jaga negara kita. Biar putih tulang, jangan putih mata. Kita tidak mahu ada orang lain yang merosakkan negara kita.

“Sambutan kemerdekaan pada tahun ini, kita semarakkan jiwa patriotik kita yang amat penting demi menjayakan wawasan negara kita,” katanya lagi.

IMG_4372

Sambutan konvoi KMN 2017 di Jambatan Kedua menandakan lokasi ke-26 daripada 50 lokasi terpilih seluruh negara termasuk antaranya Perak, Pahang, Terengganu dan Johor.

KMN tahun ini dianggotai oleh 107 orang peserta, 17 buah kenderaan daripada Jabatan Penerangan Malaysia, dan 30 buah motosikal berkuasa besar yang disertai oleh jabatan dan agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO).

IMG_4371

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Ghazali Derahman; Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Chuah Ghee Lye; Pengarah Jabatan Penerangan Pulau Pinang, Ishak Abdullah; dan Pengarah Urusan Jambatan Kedua Sdn Bhd, Datuk Ir Mohd Ashari Alias.

Tinggalkan komen anda