Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Setiap Tahun Sertai Konvoi Merdeka

By 30 Ogos 2017Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak)

BINTULU, 30 Ogos (Malaysiaaktif) – Kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan kian terasa di sini apabila seramai 150 orang peserta bersama-sama 25 buah kenderaan menyertai Kembara Merdeka Komuniti 1Malaysia dengan laluan sejauh lebih 31 km meriahkan bandar Bintulu menjelangnya hari kebangsaan 2017 yang akan di sambut esok di seluruh negara.

Seorang peserta yang ditemui, Abdul Samad Maharif, 58, dari Kampung Asakirin Fasa 2, di sini berkata setiap tahun dia menyertai konvoi seperti ini sejak dari dahulu lagi.

Abdul Samad Maharif mengenakan kostum Jalur Gemilang dengan penuh semangat petriotisme.

Abdul Samad Maharif mengenakan kostum Jalur Gemilang dengan penuh semangat petriotisme.

Abdul Samad yang lengkap berpakaian kostum bendera yang ditempahnya sendiri, memohon kepada rakyat Malaysia untuk menanamkan semangat patriotisme dan memasang bendera pada kenderaan, premis dan rumah masing-masing agar dapat membuktikan rasa kecintaan kepada negara ini.

“Pada tahun ini saya mengeluarkan belanja sebanyak tiga ribu ringgit keseluruhannya menyambut Hari Kebangsaan kali ini.

“Semangat saya menjelang Hari Kebangsaan memang tidak pudar malah akan lebih lagi pada masa akan datang kerana kita suka negara kita ini aman dan makmur,” jelasnya.

Sementara itu,  Mohidi Drahman, 65 dari Kampung Askirin Fasa 3, pula cukup teruja menantikan sambutan hari Kebangsaan saban tahun.

“Kembara seperti ini banyak memberi manfaat dan pengertian kepada rakyat agar mereka dapat menilai bagaimana keamanan negara kita hari ini dan bagaimana harus kita menyemarakkan lagi rasa cinta ini terutamanya kepada generasi muda.

“Sambutan tahun ini sangat meriah, saya berasa banga kerana Bintulu terpilih sebagai lokasi sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Sarawak tahun ini,” ujarnya lagi.

Mohidi teruja sertai konvoi kali ini.

Mohidi teruja sertai konvoi kali ini.

Di sebalik keghairahan meraikan sambutan kali ini, Mohidi merasakan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia semakin berkurangan apabila melihat kepada kurangnya Jalur Gemilang yang berkibaran jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini.

“Terdapat banyak cara untuk bangkitkan semangat patriotisme dan salah satunya adalah menerusi kibaran Jalur Gemilang.

“Harapan saya supaya program seperti ini dapat diteruskan lagi dan ditambah baik pengisian programnya, agar semangat ini turut dirasai oleh semua,” ujarnya lagi.

Kembara disertai agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan serta Komuniti 1Malaysia demi memberi semangat  kepada negara dalam mewujudkan keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia.

Acara pelepasan disempurnakan Pegawai Daerah Bintulu, Mataip Sayu di Lapangan Terbang Lama Bintulu manakala laluan berakhir  di Peace Garden Bintulu dan di sambut oleh Pengarah Penerangan Malaysia Sarawak, Abang Sardon Abang Haji Hashim.

-SH

Tinggalkan komen anda