Skip to main content
Home

Walaupun Lain Bangsa, Agama Kita Boleh Duduk Sebumbung

By 18 Ogos 2017Ogos 23rd, 2017Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Oleh Syed Fauzi / Foto Irwan Shah

BESUT, 18 Ogos (Malaysiaaktif) – “Malaysia istimewa sebab semua kaum kita boleh duduk satu bumbung, dalam satu negara, dalam satu kumpulan, dalam satu komuniti. Kasih sayang sama sahaja walaupun berbangsa lain, beragama lain.

Konvoi KMN 17 ketika singgah di Kg Tok Dor

Konvoi KMN 17 ketika singgah di Kg Tok Dor

Demikian kata, penduduk Kampung Jerteh, Teo Huey Lan, 50 ketika ketibaan Konvoi Kemerdekaan Negaraku (KMN) 2017 di Kampung Tok Dor petang semalam.

Tambahnya, tidak kira kaum Cina, Melayu, India atau kaum lain, kita tiada masalah untuk bekerjasama.

Teo Huey Lan bangga semua kaum dapat hidup sebumbung

Teo Huey Lan bangga semua kaum dapat hidup sebumbung

“Seperti majlis pada petang ini, semua kaum duduk bersama melihat persembahan lagu patriotik, menggantung jalur gemilang memenuhi ruangan ini, dan ada juga persembahan permainan tradisional yang menggambarkan keunikan kita sebagai rakyat Malaysia.

“Saya sendiri, awal seminggu sebelum bulan Ogos bermula saya dah sediakan bendera untuk ikat di tempat kerja dan di rumah,” jelasnya.

Huey Lan turut bersyukur kerana banyak kemajuan yang dilihat di kawasan Terengganu sehingga kini.

“Saya lihat Pusat Internet dah semakin banyak, stesen minyak pun bertambah, kita ada juga ada klinik satu Malaysia. Mudah untuk orang kampung mendapatkan perkhidmatan jika sakit,” jelasnya.

Sementara itu, bagi penduduk Kampung Cina, Tan Chew Tiong, 36, semakin banyak pembangunan canggih yang menyebabkan semakin ramai singgah ke Terengganu.

Chew Tiong yang kagum dengan kemajuan di Terengganu

Chew Tiong yang kagum dengan kemajuan di Terengganu

“Dahulu hanya ada Pulau Redang sekarang kita dah semakin maju sebab ada bakal ada Jambatan Pulau Sekati yang seperti London Bridge.

“Jambatan yang menelan kos RM242 juta itu merentasi Sungai Terengganu bagi menyediakan satu lagi laluan penghubung bandar raya ini dengan daerah Nerusz

“Kita juga ada Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) yang sudah dibina. Fasa pertama melibatkan Lembah Klang yang disambungkan dengan Kuantan, fasa 2 melibatkan Kuala Terengganu dan Kota Bharu untuk fasa 3,” katanya yang ditemui semasa persinggahan Konvoi KMN 2017 di Kampung Cina pada Rabu.

AAS

Tinggalkan komen anda