Skip to main content
Berita TempatanTerengganu

TPF 4.0 Perkenal Budaya Peranakan Cina Terengganu

By 18 Ogos 2017Ogos 23rd, 2017Tiada komen2 minit bacaan

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa / Foto Irwan Shah

KUALA TERENGGANU, 18 Ogos (Malaysiaaktif) – “Kaum Tionghua di Terengganu tidak ramai jika dibandingkan dengan negeri lain tetapi kami mempunyai keunikan yang tersendiri.

“Kami rapat dengan kaum lain. Dalam kalangan Tionghua tempatan kami ada kebudayaan tersendiri iaitu kebudayaan peranakan Terengganu.

Seng Cheng ketika berucap

Seng Cheng ketika berucap

Demikian jelas salah seorang peranakan Cina Terengganu, Toh Seng Cheng semasa Pelancaran Kembara Merdeka Negaraku (KMN) 2017 daerah Kuala Terengganu di Kampung Cina pada Rabu.

Tambah Seng Cheng, kaum Tiong Hua telah wujud di Terengganu sejak 300 tahun dan budaya ini ingin terus diperkenalkan menerusi penganjuran Terengganu Peranakan Festival (TPF) 4.0

“Moyang dah hidup dalam keadaan yang harmoni dengan kaum yang lain sejak dahulu lagi. Sejak empat tahun lalu, telah wujud sumber pelancongan yang baharu
iaitu TPF untuk memperkenalkan budaya Cina tempatan kepada pelancong di luar Terengganu dan juga di luar negara.

“Pada 25 Ogos sehingga 30 Ogos, warga Kampung Cina akan meraikan TPF buat kali ke-4,” jelasnya.

Sementara itu, penduduk Kampung Cina, Ng Phei Jin, 28, berkata seramai lebih 70 ribu orang singgah di TPF yang lepas.

Phei Jin (tengah) berharap ramai yang akan datang ke TPF 4.0

Phei Jin (tengah) berharap ramai yang akan datang ke TPF 4.0

“Tahun pertama (2014) TPF diadakan untuk generasi muda untuk mereka kenal budaya peranakan Terengganu sebab kita takut hilang kebudayaan ini. Ketika itu TPF dirasmikan oleh Tuanku Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

“Tahun lepas memang ramai yang datang penuh semua kedai di sini. Kehadiran mencecah 70 ribu orang tidak kira kaum. Sepanjang jalan Kampung Cina ini kita jual dan perkenalkan barang-barang Terengganu, pakaian, makanan Cina dan Melayu.

“Sasaran pengunjung tahun ni seramai 100 ribu. Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya persembahan kebudayaan, untuk kanak-kanak kita ada Mek Awal Cilik, permainan tradisional, demonstrasi makanan tradisional, pameran budaya, karnival seni, dan Bazar Seni yang mempunyai 100 kedai,” jelasnya.

Konvoi KMN 17 ketika meninggalkan Kg Cina

Konvoi KMN 17 ketika meninggalkan Kg Cina

Dalam pada itu, konvoi KMN 2017 yang memasuki hari keenam pada hari ini akan melalui Kelantan dan Perak sejauh 216km.

Tinggalkan komen anda