Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Bubur Asyura Turut Digemari Kaum Cina

By 21 Oktober 2017Oktober 23rd, 2017Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan dan foto : Mohd Sukri Ismail (Kelantan)

MACHANG, 21 Okt (Malaysiaaktif) – Bubur asyura bukan sahaja menjadi tradisi kepada masyarakat Melayu apabila tiba bulan Muharam, malah masyarakat Cina di Kampung Mata Ayer, Pulai Chondong di sini turut meraikannya dengan memasaknya secara beramai-ramai.

Menurut Ketua Kampung Tanpa Mukim, Qeck Eh Hock, 57, sudah empat tahun mereka membuat asyura di kampung ini.

Penduduk bergotong royong menyediakan juadah ini.

Penduduk bergotong royong menyediakan juadah ini.

“Pada mulanya saya mencadangkan kepada ahli keluarga sahaja setelah merasai kelazatan bubur asyura ini daripada seorang rakan, namun tidak menyangka penduduk yang lain turut menyukainya,” katanya.

Bermula pada 2014, Eh Hok telah mempelajari resipi daripada rakannya, Ahmad Seman, yang merupakan seorang yang mahir dalam penyediaan bubur asyura ini.

“Sejak itu, saya dan penduduk setempat sepakat untuk membuat bubur asyura setiap tahun apabila menjelangnya bulan Muharam.

IMG-20171021-WA0006

“Walaupun proses penyediaan asyura mengambil masa yang lama, iaitu daripada tujuh hingga lapan, namun ia berbaloi kerana kelazatan asyura dapat menghilangkan rasa penat seharian mengacau bubur ini,” jelasnya lagi.

Menurut Eh Hock, program ini mampu mengumpul masyarat setempat dan kaum keluarga, malah jika dilakukan secara besar-besaran ia mampu menwarkan satu lagi pendekatakan ke arah menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di mana sahaja.

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda